Keupayaan pelaksanaan inovasi produk dalam program homestay di Semenanjung Malaysia

Suhaida Herni Suffarruddin, and Mastura Jaafar, and Suraiyati Rahman, (2021) Keupayaan pelaksanaan inovasi produk dalam program homestay di Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengurusan, 61 . pp. 109-120. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
732kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1409

Abstract

Inovasi merupakan aspek yang penting dalam sektor pelancongan. Persekitaran luaran yang semakin mencabar mendorong sesebuah perniagaan untuk berinovasi supaya dapat terus berdaya saing. Program homestay merupakan satu bentuk aktiviti pelancongan luar bandar yang mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Namun, limitasi kesedaran pengusaha program homestay terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi boleh menyebabkan sebilangan program homestay tidak berdaya saing. Kajian ini bertujuan untuk menkaji keupayaan pelaksanaan inovasi produk dan mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi inovasi tersebut dalam program homestay. Lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Temu bual bersemuka telah dijalankan bersama penyelaras program homestay yang terlibat dan teknik analisis kandungan digunakan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan inovasi produk yang paling ketara dilaksanakan ialah peningkatan kualiti penginapan, keunikan pakej aktiviti desa dan perkembangan perusahaan industri kecil dan sederhana. Manakala empat faktor penentu inovasi yang ditemui adalah orientasi pasaran, semangat keusahawanan, sokongan kerajaan dan pengetahuan. Implikasi praktikal kajian ini adalah sumbangan data empirikal yang dapat digunakan oleh pihak industri sebagai panduan untuk menaik taraf program homestay di Malaysia supaya lebih berdaya maju.

Item Type:Article
Keywords:Inovasi produk; Faktor penentu inovasi; Program homestay; Pelancongan luar bandar; Semenanjung Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:17471
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2021 02:21
Last Modified:07 Oct 2021 06:51

Repository Staff Only: item control page