Analisis kritis representasi remaja Melayu Islam dalam filmografi Ahmad Idham

Bambang Suhartono Mohd Said, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Badrul Redzuan Abu Hassan, (2021) Analisis kritis representasi remaja Melayu Islam dalam filmografi Ahmad Idham. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (3). pp. 17-34. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
537kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394

Abstract

Secara umum, isu remaja yang berkaitan dengan remaja Melayu Islam sering dijadikan naratif dalam filmografi Ahmad Idham. Representasi subjek ini biasanya merupakan paparan gaya hidup moden mereka, akibat moral dalam kehidupan sosialnya. Bagaimanapun, Ahmad Idham hanya menumpukan minatnya membuat filem yang dianggap terlalu klise dari sudut sosial dan moral. Kajian ini telah memilih dua filem Syurga Cinta (2009) dan Aku Masih Dara (2010) untuk mengkaji secara kritis hujah di atas dalam perbincangan terperinci berdasarkan Teori Perwakilan Stuart Hall (1997). Kajian kami menggunakan analisis kritis wacana filem dan kaedah temu bual mendalam dengan pengarahnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengarah Ahmad Idham telah membina subjek representasinya untuk memperlihatkan remaja Melayu sebagai gambaran kritikal terhadap peranan ibu bapa dan masyarakat secara amnya. Dalam analisis akhir, filem-filem terpilih mengenai remaja Melayu Islam memperlihatkan pentingnya unsur-unsur psikologi remaja dan logika sebab-akibat dalam representasi subjek ini.

Item Type:Article
Keywords:Representasi; Gaya hidup moden; Analisis kritis wacana; Remaja Melayu Islam; Ahmad Idham
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17476
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2021 00:25
Last Modified:13 Oct 2021 01:39

Repository Staff Only: item control page