Gaya hidup sihat komuniti rentan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akibat wabak pandemik COVID-19: kajian kes kawasan flat Kota Damansara, Selangor

Norihan Tajudin, and Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Abd Hair Awang, (2021) Gaya hidup sihat komuniti rentan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akibat wabak pandemik COVID-19: kajian kes kawasan flat Kota Damansara, Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (3). pp. 82-102. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
453kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394

Abstract

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menegaskan golongan rentan yang tinggal di kawasan perumahan padat penduduk dan mempunyai tahap amalan kebersihan yang rendah berpotensi mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. Ini ditambah keadaan kesihatan dan taraf hidup yang rendah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap gaya hidup di kalangan B40 yang tinggal di kawasan bandar perumahan flat kos rendah di Kota Damansara semasa PKPB. Metodologi yang dipilih ialah kajian tinjauan borang soal-selidik secara bersemuka dan dalam talian dengan seramai 261 responden berjaya menjawab dengan baik. Kaedah persampelan mudah telah digunakan. Sebanyak 15 kawasan flat telah ditinjau. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendidikan dan pendapatan rendah telah menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat semasa PKPB. Sebanyak 98.5% atau 257 responden bersedia mengamalkan 3W. Selain itu, 96.1% bersedia mengikuti perkembangan semasa COVID-19 di media massa. Mereka juga mempunyai kesediaan yang tinggi untuk menghadkan aktiviti sosial (90%); hadkan makan luar (81.6%); hadkan aktiviti sukan (82.7%) serta keagamaan (71.2%). Namun mereka juga menunjukkan sikap kerisauan yang tinggi terhadap kewangan disebabkan kebanyakan penduduk tidak bekerja tetap. Sebanyak 99.9 % suri rumah bersetuju bahawa mereka risau tidak cukup perbelanjaan pada bulan hadapan. Kajian ini memberikan implikasi bahawa penduduk lebih prihatin terhadap norma baharu yang disarankan oleh kerajaan berbanding pada masa awal kemunculan wabak. Kesimpulannya kajian ini telah menonjolkan kejayaan pihak kerajaan dalam menekankan norma baharu semasa pandemik.

Item Type:Article
Keywords:Golongan rentan; Pandemik COVID-19; Gaya hidup; Kesihatan; Taraf hidup; Perumahan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17480
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2021 01:43
Last Modified:13 Oct 2021 01:52

Repository Staff Only: item control page