Konflik di Selatan Thailand : implikasi terhadap keselamatan nasional Malaysia

Mohd Firdaus Shahri, and Mohd Ikbal Mohd Huda, (2021) Konflik di Selatan Thailand : implikasi terhadap keselamatan nasional Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (3). pp. 138-158. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
281kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394

Abstract

Walaupun Malaysia berada dalam keadaan aman tanpa pergolakan dalaman yang boleh menjejaskan keselamatan negara, namun suasana ketidakstabilan pentadbiran dan politik di negara jiran mampu mencetuskan suasana tidak harmoni dan keresahan di kalangan penduduk seperti di Pengkalan Kubor, Kelantan. Malaysia turut dikejutkan dengan peristiwa berdarah Tak Bai, Thailand sehingga mengakibatkan 85 kematian disebabkan tembakan rambang. Berdasarkan data dan statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 11,741 insiden pergolakan yang berlaku mulai tahun 2004 hingga tahun 2020 yang telah mengakibatkan 6,012 kematian serta 11,657 kecederaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pergolakan dan konflik yang berlaku di selatan Thailand dan implikasinya kepada keselamatan negara. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan para tokoh informan utama dari Malaysia seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), PDRM dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), kaedah analisis berdasarkan kronologi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Dapatan kajian mendapati bahawa pergolakan dan konflik di Selatan Thailand mampu menjejaskan keselamatan negara. Walau bagaimanapun, pasukan keselamatan negara sentiasa bersedia dan meningkatkan kawalan melalui kerjasama sama ada diperingkat tempatan mahupun antarabangsa. Kesimpulannya, Malaysia tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan sekarang dan perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku supaya pencerobohan kedaulatan negara tidak berulang seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Pergolakan dan konflik; Selatan Thailand; Malaysia; Keselamatan negara
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17483
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2021 01:57
Last Modified:13 Oct 2021 01:55

Repository Staff Only: item control page