Teras hati budi Melayu bertemakan agama Islam dalam lakuan pertuturan guru

Muhammad Zuhair Zainal, and Shahir Akram Hassan, and Aznan Che Ahmad, (2021) Teras hati budi Melayu bertemakan agama Islam dalam lakuan pertuturan guru. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (3). pp. 221-240. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
377kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394

Abstract

Kajian literatur menunjukkan selain pemikiran dan falsafah yang tinggi, unsur-unsur keperibadian mulia juga terkandung dalam hati budi Melayu. Kajian yang dilakukan oleh Hashim Hj. Musa (2008) mendapati terdapat 26 Teras Hati Budi Melayu (THBM) yang sangat elok nilainya dan wajar dipraktikkan oleh setiap warganegara Malaysia, khususnya warga pendidik. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan THBM yang bertemakan agama Islam dalam lakuan pertuturan guru. Kajian ini berbentuk fenomenologi hermeneutik dengan menggunakan kaedah tidak menonjol dan turut mengaplikasikan kaedah kepustakaan serta teknik analisis kandungan. Sebanyak lapan rekod audiovisual pengajaran telah diperoleh daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua rekod audiovisual pengajaran tersebut telah ditranskrip ke bentuk teks. Kemudian kesemua teks tersebut telah dianalisis berpandukan kata kunci-kata kunci yang bertemakan Agama yang dikemukakan oleh Rozita Che Rodi (2013). Hasil kajian mendapati THBM yang bertemakan agama Islam sememangnya terdapat dalam lakuan pertuturan guru, sama ada secara tersurat atau tersirat. Penerapan THBM bertemakan agama Islam secara tersurat dapat diteliti melalui lakuan perlakuan pengucapan, manakala penerapan secara tersirat boleh diteliti melalui perlakuan niat pengucapan. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada warga pendidik untuk menerapkan THBM bertemakan agama Islam yang berupa nilai-nilai murni yang bersifat sejagat ketika proses pengajaran. Di samping itu, kajian ini dapat membantu penyelidik yang akan datang untuk membangunkan model nilai-nilai murni berteraskan THBM untuk dijadikan sebagai salah satu daripada Elemen Merentas Kurikulum, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Hati budi Melayu; Lakuan pertuturan; Pengajaran dan pembelajaran; Bahasa Melayu; Pragmatik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17488
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2021 02:49
Last Modified:13 Oct 2021 03:09

Repository Staff Only: item control page