Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan Zon Utara Semenanjung Malaysia

Amran Omar, and Shazlin Amir Hamzah, and Chang, Peng Kee (2021) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan Zon Utara Semenanjung Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (3). pp. 253-269. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen bagi menilai konstruk batas etnik dan menentukan kestabilan kesahan dan kebolehpercayaan kandungannya melalui kajian rintis. Kerangka kerja dan pembangunan instrumen batas etnik adalah berdasarkan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini disusun dalam tiga fasa, iaitu tinjauan literatur, penterjemahan instrumen, serta analisis kesahan dan kebolehpercayaan kandungan. Pemboleh ubah batas etnik yang terdiri daripada empat dimensi, iaitu material, status sosial, tuntutan sosial, dan tuntutan gantian, dengan 12 item digunakan dalam kajian ini. Satu kajian rintis dilaksanakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen melalui skala alfa Cronbach dan analisis deskriptif. Kajian rintis dilakukan di lapan buah sekolah rendah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis, yang mewakili Zon Utara Semenanjung Malaysia. Analisis kebolehpercayaan mengesahkan bahawa alfa Cronbach untuk keseluruhan konstruk batas etnik menjelaskan nilai yang kuat dan sangat baik bagi setiap dimensi. Kesemua 12 item tersebut diterima untuk digunakan dalam kajian lapangan. Oleh itu, instrumen untuk batas etnik yang digunakan untuk kajian rintis ini diterima untuk membantu para guru memahami dan membantu mengukur batas etnik mereka di persekitaran sekolah. Instrumen penilaian kendiri sempadan etnik ini boleh menjadi panduan dan sumber penting dalam membantu guru menentukan dan memahami batas etnik mereka dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan hubungan etnik yang harmoni di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Batas etnik; Guru-guru; Sekolah kebangsaan; Kesahan; Kebolehpercayaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17490
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Oct 2021 03:02
Last Modified:13 Oct 2021 03:15

Repository Staff Only: item control page