Belenggu pemikiran masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu : peranan majalah Qalam sebelum merdeka (1950-1957)

Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, and Arba’iyah Mohd Noor, and Mohd Firdaus Abdullah, (2021) Belenggu pemikiran masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu : peranan majalah Qalam sebelum merdeka (1950-1957). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 15-26. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
590kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Kebudayaan Melayu dan Islam mempunyai nilai kesepaduan yang kuat. Islam banyak mempengaruhi nilai amalan masyarakat Melayu dari segi cara berfikir, akhlak dan tingkah laku serta akidah dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, ada di antara amalan seharian yang diamalkan itu tidak selari dengan ajaran Islam sehingga menyebabkan kemunduran kepada bangsa Melayu. Kajian ini, menganalisis isu kemunduran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam pada pertengahan abad ke-20, seterusnya mengenal pasti sejauh mana peranan majalah Qalam membentuk minda masyarakat Melayu dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi arus modenisasi sebelum merdeka. Kajian ini dilakukan dengan kaedah penyelidikan sejarah berbentuk kualitatif dengan menganalisis dan menginterpretasi kandungan majalah Qalam sebagai rujukan utama di samping rujukan pelbagai sumber yang terdapat di Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya. Tidak dinafikan lagi, Qalam adalah sebuah majalah Islamik yang melaungkan suara pemodenan dan perubahan kepada orang Melayu supaya terus ke hadapan seiring dengan pembangunan yang kian pesat. Qalam telah menjalankan tanggungjawab sosial sebaik mungkin dengan memperjelas kepentingan budaya berfikir yang menyeru agar masyarakat Melayu perlu menyingkir kepercayaan dan amalan tradisional mereka seperti taqlid buta, berserah kepada ketentuan dan nasib serta kepercayaan khurafat. Ini kerana perlakuan tersebut boleh membelenggu pemikiran dan merencat perkembangan orang Melayu mengecap kemajuan. Justeru Qalam mengesyorkan supaya ulama menjadi pemimpin ke arah membentuk minda masyarakat Melayu menghadapi cabaran kemodenan dengan berijtihad. Cabaran kemajuan memerlukan orang Melayu sedar akan kelemahan mereka khususnya tentang budaya berfikir. Oleh itu, mereka harus keluar dari kepompong kejumudan dan kemunduran ilmu pengetahuan agar dapat membina kecemerlangan berlandaskan acuan Islam sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Qalam; Melayu; Islam; Modenisasi; Budaya berfikir
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17496
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 00:25
Last Modified:18 Oct 2021 01:10

Repository Staff Only: item control page