Genesis falsafah Sejarah Islam dan perkembangannya pasca Ibn Khaldun

Azmul Fahimi Kamaruzaman, and Nabeela Akrasha Surtahman, (2021) Genesis falsafah Sejarah Islam dan perkembangannya pasca Ibn Khaldun. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 37-49. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
487kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Penulisan ini membincangkan genesis dan perkembangan disiplin falsafah sejarah Islam yang dibangunkan dari kerangka historiografi Islam. Fokus adalah untuk membina asal usul atau genesis falsafah sejarah Islam dan prosesnya dalam menjadi ranting kepada disiplin historiografi Islam. Menggunakan pendekatan kronologi sejarah dan analisis kandungan, penulisan ini menelusuri kepada epistemologi historiografi Islam yang berkembang daripada aliran naratif isnad, hawliyyah, khabar, dinasti, tabaqat dan salasilah kepada metode analisis sejarah yang diasaskan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 yang mengubah paradigma metodologi historiografi daripada naratif kepada analisis bagi memahami sejarah dan membina kerangka komprehensif tamadun Islam. Asas epistemologi sejarah yang diasaskan Ibn Khaldun boleh ditafsirkan sebagai genesis kepada disiplin falsafah sejarah Islam yang kemudiannya membentuk dan merintis epistemologi sejarah ahli falsafah sejarah yang lain pasca Ibn Khaldun seperti Malek Bennabi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Nayef al-Rodhan yang mewakili dimensi perkembangan idea sejarah di dunia Islam pada abad ke-20 dan ke-21.

Item Type:Article
Keywords:Historiografi Islam; Ibn Khaldun; Pasca Ibn Khaldun; Sejarah falsafah sejarah Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17498
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 00:33
Last Modified:18 Oct 2021 01:13

Repository Staff Only: item control page