Indikator bagi prinsip etika sensitiviti agama, budaya dan maruah dalam bioteknologi moden

Nur Asmadayana Hasim, and Latifah Amin, and Zurina Mahadi, and Nor Ashikin Mohamed Yusof, and Mashitoh Yaacob, (2021) Indikator bagi prinsip etika sensitiviti agama, budaya dan maruah dalam bioteknologi moden. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 61-72. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
330kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Kerisauan terhadap kerapuhan perpaduan di Malaysia turut memberi kesan kepada perkembangan bioteknologi moden. Dalam menangani isu ini, pembangunan prinsip sensitiviti agama, budaya dan maruah dipercayai mampu menjadi langkah yang proaktif dalam menangani salah faham berkaitan agama, budaya dan maruah dalam bioteknologi moden. Walau bagaimanapun, prinsip etika lazimnya bersifat deskriptif dan sukar untuk ditafsir. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti indikator-indikator yang sesuai bagi prinsip sensitiviti agama, budaya dan maruah dalam bioteknolgi moden dari perspektif pihak berkepentingan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) secara sampel bertujuan dalam kalangan pihak berkepentingan dari bidang bioteknologi di sekitar Lembah Klang. Rakaman perbincangan telah ditranskripsi secara ‘verbatim’ sebelum dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua panel amat bersetuju mengenai kepentingan prinsip ini dan kesesuaiannya dalam bioteknologi moden untuk diguna pakai di Malaysia. Semua panel pakar juga telah bersetuju untuk mencadangkan dua indikator utama kepada prinsip ini dimana pengamal bioteknologi moden mestilah menyediakan; 1) Status Halal produk bioteknologi moden yang ingin dipasarkan kepada pengguna Islam dan; 2) Surat perakuan bahawa kajian dan pengeluaran produk bioteknologi moden dijalankan dengan menjaga sensitiviti agama, budaya dan maruah di Malaysia. Kedua-dua indikator bagi prinsip etika sensitiviti agama, budaya dan maruah dipersetujui penting bagi pengawal atur, penyelidik dan pengeluar dalam bidang bioteknologi moden untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan beretika.

Item Type:Article
Keywords:Indikator; Bioteknologi moden; Malaysia; Sensitiviti agama; Budaya dan maruah; Prinsip etika
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17500
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 02:38
Last Modified:18 Oct 2021 01:18

Repository Staff Only: item control page