Interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam ketika sambutan perayaan agama Hindu

Mohd Faqih Baharudin, and Zuliza Mohd Kusrin, (2021) Interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam ketika sambutan perayaan agama Hindu. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 73-84. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Setiap agama dan bangsa di dunia memiliki perayaan yang tersendiri disambut pada hari dan tarikh tertentu. Perayaan masing-masing disambut penuh kemeriahan yang mengandungi pelbagai amalan adat dan ibadat untuk dilakukan oleh penganutnya. Bagi masyarakat Islam dilarang oleh syarak untuk menyerupai upacara sambutan perayaan agama lain kerana boleh membawa kepada kerosakan aqidah umat Islam. Mualaf yang sudah memeluk Islam sudah tentu berhadapan situasi yang berbeza kerana mereka mempunyai ahli keluarga bukan Islam, perbezaan agama membawa mualaf kepada perubahan amalan yang perlu dipatuhi mengikut tuntutan syarak. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menganalisis interaksi mualaf India dengan ahli keluarga bukan Islam ketika menjelang sambutan perayaan. Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kepustakaan dan temu bual separa struktur yang dipilih secara bertujuan, terhadap 20 orang mualaf India agama asal Hindu yang mengikuti kelas pengajian di Kompleks Darul Hidayah (KDH) Kuala Lumpur. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati tiga jenis interaksi mualaf India dengan keluarga bukan Islam menjelang sambutan perayaan Hindu ialah, pertama sebahagiannya masih lagi menyambutnya bersama ahli keluarga bukan Islam tanpa terlibat aktiviti keagamaan, keduanya terdapat juga yang hanya hadir menziarahi sahaja tanpa menyertai perayaan tersebut dan ketiganya terdapat juga mualaf India yang sudah tidak menyertai sambutan perayaan tersebut dengan cara tidak berhubungan dan tidak menziarahi ahli keluarga bukan Islam mereka. Implikasi kajian meunjukkan mualaf India di KDH memahami perkara yang dilarang oleh Islam semasa berinteraksi dengan keluarga bukan Islam, dalam sambutan hari perayaan.

Item Type:Article
Keywords:Interaksi; Mualaf India; Keluarga; Perayaan; Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17501
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 02:42
Last Modified:18 Oct 2021 01:20

Repository Staff Only: item control page