Isu keselamatan makanan dalam sektor penternakan haiwan : analisis pembangunan instrumen berasaskan hadis

Mohd Farhan Md Ariffin, and Muhammad Ikhlas Rosele, and Shafiza Safie, (2021) Isu keselamatan makanan dalam sektor penternakan haiwan : analisis pembangunan instrumen berasaskan hadis. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 85-95. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Sektor penternakan haiwan merupakan titik saringan awal dalam memastikan jaminan keselamatan makanan nasional. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai laporan salah laku dan sebaran wabak terhadap haiwan ternakan yang gagal diatasi dengan baik dalam kalangan pengusaha. Sehubungan dengan itu, objektif kertas kerja ini adalah memperincikan hadis-hadis yang menyebutkan mengenai isu keselamatan makanan dalam sektor penternakan berdasarkan ulasan para muhaddithin serta mengadaptasi hadis tersebut ke dalam satu bentuk instrumen yang praktikal dan mampu dimanfaatkan sama ada sebagai alternatif ataupun nilai tambah dalam prosedur keselamatan makanan semasa. Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis data induktif, deduktif serta analisis kandungan dan tematik. Hasilnya, kajian membangunkan instrumen analisis hadis bagi menghindarkan pencemaran pada peringkat awal dalam penghasilan produk makanan daripada sumber haiwan.

Item Type:Article
Keywords:Haiwan; Isu keselamatan makanan; Hadis; Instrumen analisis; HACCP decision tree
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 02:46
Last Modified:18 Oct 2021 01:24

Repository Staff Only: item control page