Lawsonia inermis Linn. (inai) dalam perspektif hadith : aplikasi dalam etnobotani Melayu dan kehadiran aktiviti antioksida

Muhammad Remy Othman, and Khadher Ahmad, and Zulkifli Mohd Yusoff, and Khalijah Awang, and Mohd Farhan Md Ariffin, and Rozana Othman, (2021) Lawsonia inermis Linn. (inai) dalam perspektif hadith : aplikasi dalam etnobotani Melayu dan kehadiran aktiviti antioksida. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 97-111. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
806kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Tumbuhan inai telah dikenali sejak dahulu sebagai tumbuhan pelbagai guna dan telah dilaporkan manfaatnya dalam hadith dan etnobotani Melayu. Walau bagaimanapun, kajian saintifik tentang potensi inai sebagai agen pencegahan luka masih terhad dan tidak meluas. Sebatian antioksida semulajadi di dalam tumbuhan adalah amat penting bagi proses penyembuhan luka. Secara umumnya antioksida berfungsi untuk melambatkan kesan keradangan kulit dan menghalang enzim tromboplastin daripada diserang oleh radikal bebas dalam proses penyembuhan luka oleh sistem kulit manusia. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan kewujudan sebatian antioksida dalam esktrak inai. Metode kajian yang digunapakai adalah dengan menguji kandungan antioksida dalam inai, berbanding dengan sebatian antioksida piawai iaitu quercetine dan gallic acid, melalui Ujian DPPH. Hasil kajian menunjukkan bahawa kewujudan sebatian antioksida dalam inai, berfungsi membantu proses penyembuhan luka secara semulajadi seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Dapatan eksperimen ini amat penting untuk ujikaji selanjutnya seperti ujian tahap ketoksikan inai, dan ujian antikeradangan dalam perut tikus (gastroprotective) daripada ekstrak inai.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti antioksida; Etnobotani Malayu; Lawsonia inermis; Perspektif hadith
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17503
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 02:51
Last Modified:18 Oct 2021 01:25

Repository Staff Only: item control page