Mengenal pasti perwatakan ekstremis melalui disiplin fiqh taayush

Ahmad Munawar Ismail, and Abdul Muhaimin Mahmood, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, (2021) Mengenal pasti perwatakan ekstremis melalui disiplin fiqh taayush. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 121-134. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Perwatakan manusia normal biasanya boleh dilihat daripada beberapa aspek termasuk sifat, pemikiran, kepercayaan, pertuturan dan tindakan. Walau bagaimanapun, kepada ekstremis, perwatakan mereka sukar dikenal pasti dan hanya boleh dikenali setelah seseorang itu ditahan sebagai pesalah ekstrem. Oleh sebab itu, kehadiran kumpulan ini sering kali mengejutkan persekitaran. Situasi ini berlaku kerana kegagalan kita mengenal pasti elemen-elemen ekstrem yang ada pada individu terbabit walaupun sering kali dinyatakan oleh pihak berkuasa. Justeru, perbahasan artikel ini akan memberi tumpuan kepada proses mengenal pasti perwatakan ekstremis melalui disiplin fiqh al-ta‘ayush, iaitu satu disiplin yang membahaskan hukum-hukum yang bersifat praktikal yang disusun berdasarkan sumber autentik Islam berkaitan hubungan manusia dengan manusia. Disiplin ini dibentuk melalui satu kajian yang menggunakan beberapa reka bentuk termasuk analisa kandungan, analisa dokumen dan temu bual separa berstruktur. Hasil analisa kajian menunjukkan disiplin fiqh al-ta‘ayush yang telah disusun dengan betul dan dalam bentuk yang berstruktur berupaya membentuk disiplin yang membolehkan perwatakan ekstrem yang ada pada seseorang individu itu mudah dan boleh untuk dikenal pasti. Pengesanan watak melalui disiplin fiqh al-ta‘ayush ini penting sebagai usaha awal untuk mencegah gerakan ini daripada terus merebak atau sekurang-kurangnya mampu mencegah diri kita, ahli keluarga kita dan masyarakat secara keseluruhan daripada terpengaruh dengan ideologi seperti ini. Pencegahan ini juga penting bagi membersihkan imej masyarakat Islam yang sering disalah faham dan dianggap sebagai fundamentalis, ekstremisme, radikalisme, dan keganasan yang memberi kesan Islamofobia dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Islam; Fiqh al-ta‘ayush; Ekstremisme; Islamofobia; Disiplin
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17505
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 03:00
Last Modified:18 Oct 2021 01:28

Repository Staff Only: item control page