Pembayaran zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan zakat : kajian dalam kalangan kakitangan kerajaan di Malaysia

Siti Zulaikha Nasir, and Hairunnizam Wahid, and Mohd Ali Mohd Noor, (2021) Pembayaran zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan zakat : kajian dalam kalangan kakitangan kerajaan di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 135-150. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
380kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399

Abstract

Instrumen zakat memainkan peranan penting sebagai komponen dalam sistem ekonomi bagi meneraju sosioekonomi umat Islam yang lebih sejahtera di negara Malaysia di samping sistem cukai yang sedia ada. Jumlah kutipan zakat pendapatan yang meningkat saban tahun di setiap negeri disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah kemungkinan wujud pembayar zakat yang membayar zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan berzakat. Namun permasalahan kajian ini ialah apakah faktor yang mempengaruhi pembayar zakat pendapatan membayar zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan zakat. Kajian ini adalah signifikan kerana pihak institusi zakat perlu memberikan tumpuan kepada faktor tersebut dan implikasinya jumlah kutipan zakat pendapatan akan terus meningkat dengan kadar yang besar yang akhirnya akan meningkatkan manfaat agihan kepada asnaf zakat. Justeru kajian ini akan mengkaji gelagat masyarakat Islam membayar zakat pendapatan dan melebihkan pembayaran melebihi kadar kewajipan serta menganalisis persepsi masyarakat terhadap perlaksanaan sistem zakat dan cukai di Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif ke atas ujian skor min, analisis Alpha Cronbach dan perbezaan nilai GAP min ke atas responden penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Hasil kajian menunjukkan kadar nisbah zakat yang dibayar melebihi kadar kewajipan adalah pada kadar 0.4 lebih daripada kewajipan zakat yang sepatutnya yang berupaya memberi sumbangan sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan kutipan zakat di negeri Melaka. Menariknya, kajian mendapati tindakan ini didorong oleh faktor agama dan faktor nilai altruisme yang signifikan mempengaruhi gelagat pembayar zakat. Selain itu, hasil kajian menunjukkan responden lebih berpuas hati dengan maklumat serta perlaksaan sistem zakat berbanding cukai. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:JAIM; Zakat pendapatan; Penjawat awam; Nilai altruisme; Sistem zakat dan cukai
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17506
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2021 03:07
Last Modified:18 Oct 2021 01:29

Repository Staff Only: item control page