Firuz-Akhtar Lubis @ Firuz Akhtar Mohamad Bohari, and Nur Asyiqin Zohkarnain, (2021) Persepsi Sayyid Qutb terhadap paderi di Amerika Syarikat dalam travelognya Amerika Allati Ra’ytu. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (1). pp. 173-184. ISSN 0216-5636
|
PDF
692kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399
Abstract
Kajian ini membahaskan kritikan pesimistik mengenai paderi di gereja dalam travelog Sayyid Qutub berjudul Amrika Allati Raytu atau terjemahan bahasa Inggerisnya, The America I Have Seen: In the Scale of Human Values. Sayyid Qutb merupakan seorang pengembara Arab moden dan pemikir Islam yang hebat. Ideologi pemikirannya sentiasa dijadikan rujukan bagi membantu membangkitkan semangat masyarakat Islam abad ke-20 yang telah dijajah oleh kuasa Barat. Sayyid Qutb menghabiskan riwayat hidupnya dengan sentiasa menghasilkan penulisan bagi kegunaan umat Islam. Setiap penulisannya mengandungi makna tersirat yang perlu didalami lagi khususnya travelognya yang kurang mendapat perhatian berbanding penulisannya yang lain. Uniknya, travelog ini banyak menceritakan sisi negatif masyarakat Amerika Syarikat dari sudut keagamaan berfokus kepada personaliti dan peranan paderi di gereja. Justeru itu, kajian ini akan menganalisis kritikan pesimistik tersebut dengan menggunakan teori pengecualian (othering). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan dokumentasi. Diharapkan kajian ini dapat memberi satu perspektif baru dalam kesusasteraan Arab dan sastera kembara Islami khasnya dari sudut kritikan keagamaan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa kritikan pesimistik Sayyid Qutb terhadap paderi gereja abad ke-20 di Amerika Syarikat mempunyai makna tersirat iaitu sebagai usaha untuk mempertahankan masyarakat Mesir daripada terus hanyut dalam kekaguman membuta tuli terhadap ideologi Barat yang tersebar luas ketika itu. Dengan statusnya sebagai pejuang Islam di Mesir, usahanya itu dilihat sebagai pembakar semangat Islam untuk rakyat senegaranya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sayyid Qutb; Travelog; Paderi; Teori pengeculian (othering); Amerika Syarikat |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 17509 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Oct 2021 03:26 |
Last Modified: | 18 Oct 2021 01:35 |
Repository Staff Only: item control page