Kesan suhu dan bahan tambah abu terbang terhadap pencirian mekanik bata daripada sisa rawatan air mentah

Zulfahmi Ali Rahman, and Akrimi Maswa Othman, and Wan Mohd. Razi Idris, and Tukimat Lihan, (2021) Kesan suhu dan bahan tambah abu terbang terhadap pencirian mekanik bata daripada sisa rawatan air mentah. Sains Malaysiana, 50 (6). pp. 1563-1575. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil6_...

Abstract

Penggunaan semula sisa dalam pembangunan bata giat diusahakan dan beberapa pengubahsuaian dilakukan bagi menghasilkan produk bata yang berkualiti baik dan selamat. Suhu merupakan antara faktor yang mempengaruhi cirian mekanik bata. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh suhu dan abu terbang (RAM) terhadap sifat mekanik bata yang dihasilkan daripada campuran sisa rawatan air mentah (RAM). Dua jenis sampel bata disediakan melibatkan bata 100% sisa RAM (RAM100) dan bata campuran 80% sisa RAM dan 20% AT (RAM80). Kedua-dua jenis sampel dikenakan suhu pembakaran berbeza (tanpa bakar, 500 °C, 700 °C) selama tiga jam. Ujian larutresap turut dilakukan bagi mengenal pasti kepekatan logam berat yang hadir dalam bata. Pencirian mekanik bagi penyusutan linear menunjukkan peningkatan dengan pertambahan suhu. Kehadiran sisa AT meningkatkan nilai penyusutan linear yang lebih tinggi berbanding bata berasaskan RAM (RAM100) apabila suhu meningkat daripada 350 kepada 700 °C. Nilai ketumpatan kedua-dua jenis bata turut menyusut dengan peningkatan suhu namun meningkat semula pada suhu yang lebih tinggi (700 °C). Kedua-dua jenis bata juga menunjukkan peningkatan penyerapan air dengan peningkatan suhu. Kehadiran AT turut mengurangkan nilai serapan air berbanding bata RAM100. Kekuatan mampatan bata meningkat dengan peningkatan suhu dan bata RAM100 menunjukkan corak peratus peningkatan yang ketara berbanding bata RAM80. Namun, daripada perspektif peratusan, kehadiran AT menunjukkan peratusan pertambahan kekuatan mampatan yang ketara berbanding bata RAM100. Daripada hasil ujian larutresap dan cirian mekanik yang dilakukan, sisa rawatan air dan abu terbang berpotensi digunakan sebagai bahan asas dalam pembangunan bata dan beberapa pengubahsuaian diperlukan bagi mencapai piawaian yang ditetapkan sebagai bahan binaan alternatif.

Item Type:Article
Keywords:Abu terbang; Bata; Kekuatan mampatan; Larutresap; Sisa rawatan air mentah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17523
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2021 01:10
Last Modified:26 Oct 2021 04:26

Repository Staff Only: item control page