Kesan prarawatan dan masa hidrolisis enzim untuk penghasilan oligosakarida daripada serabut mesokarpa buah kelapa sawit

Nurul Hanisah Mohd, and Rizafizah Othaman, and Mukram Mohamed Mackeen, and Mohamad Yusof Maskat, (2021) Kesan prarawatan dan masa hidrolisis enzim untuk penghasilan oligosakarida daripada serabut mesokarpa buah kelapa sawit. Sains Malaysiana, 50 (6). pp. 1673-1683. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
536kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil6_...

Abstract

Dalam kajian ini, serabut mesokarpa buah kelapa sawit (SM) telah ditukar menjadi oligosakarida sebagai produk nilai tambah. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan prarawatan dan masa hidrolisis untuk penghasilan oligosakarida dengan menggunakan kompleks enzim komersial Celluclast (1.5 L). Prarawatan dengan larutan 5% (v/v) natrium hidroksida (NaOH) dan 5% (v/v) larutan asid asetik (CH3COOH) dilakukan sebelum hidrolisis enzim. Prarawatan menggunakan kepekatan 5, 10 dan 15% (v/v) larutan NaOH dijalankan dalam autoklaf pada 120 °C selama 30 min. Hidrolisis SM prarawatan telah dijalankan pada masa hidrolisis 0, 3, 6 dan 24 jam. Hasil hidrolisis enzim membuktikan bahawa prarawatan alkali SM dengan 5% NaOH menghasilkan jumlah gula penurun yang lebih tinggi berbanding dengan SM mentah dan SM prarawatan menggunakan 5% CH3COOH dengan masing-masing menghasilkan 351.94 mg/g berbanding 181.44 dan 183.15 mg/g jumlah gula penurun per jisim biojisim. Pertambahan jumlah gula penurun untuk prarawatan alkali disebabkan penyingkiran bahagian lignin dan hemiselulosa dalam SM. Peningkatan kepekatan NaOH menghasilkan peratus sakarifikasi yang lebih tinggi. Hidrolisis SM prarawatan selama 3 hingga 24 jam telah menghasilkan oligosakarida dengan bilangan unit glukosa 2, 3 dan 4. Tiada perbezaan unit glukosa diperhatikan apabila masa hidrolisis ditingkatkan daripada 3 hingga 24 jam. Kajian ini menunjukkan keupayaan penghasilan oligosakarida daripada SM dengan memanipulasi masa hidrolisis.

Item Type:Article
Keywords:Masa hidrolisis; Oligosakarida; Prarawatan alkali; Sakarifikasi lignoselulosa; Serabut mesokarpa kelapa sawit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17532
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2021 02:02
Last Modified:26 Oct 2021 04:59

Repository Staff Only: item control page