Pembentukan fasa dan suhu genting superkonduktor (Tl0.5Pb0.5)Sr2Ca(Cu2-xCrx)O7-δ(x = 0 - 0.100)

E. Yusrianto, and A.N. Jannah, and R. Abd-Shukor, (2021) Pembentukan fasa dan suhu genting superkonduktor (Tl0.5Pb0.5)Sr2Ca(Cu2-xCrx)O7-δ(x = 0 - 0.100). Sains Malaysiana, 50 (6). pp. 1775-1786. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil6_...

Abstract

Superkonduktor fasa (Tl0.5Pb0.5)Sr2Ca(Cu2-xCrx)O7-δ (Tl-1212) bagi x = 0 hingga 0.100 telah disediakan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Tujuan kajian ini ialah menentukan suhu optimum untuk pembentukan fasa Tl- 1212 dengan komposisi ini. Sampel telah disediakan dalam aliran gas oksigen dalam tiga suhu berlainan iaitu 850 °C dalam kerajang perak selama 5 jam, dan 950 °C dan 1000 °C selama 4 min. Bahan telah diciri menggunakan kaedah pembelauan sinar-X untuk mengenal pasti fasa dan pengukuran rintangan elektrik (R) untuk menentukan suhu genting. Sampel yang dipanaskan pada 950 °C menunjukkan pecahan isi padu fasa Tl-1212 yang tertinggi (94% bagi x = 0). Sampel yang dipanaskan pada 1000 °C menunjukkan suhu genting yang tertinggi dengan x = 0.100 menunjukkan suhu genting mula, Tc mula tertinggi iaitu 102 K. Terbitan rintangan melawan suhu (T), dR/dT menunjukkan sampel yang dipanaskan pada 1000 °C (x = 0.015 - 0.100) mempunyai puncak yang hampir sama iaitu Tp1 = Tp2. Ini menunjukkan suhu kesuperkonduksian intrabutiran (Tp1) dan antara butiran (Tp2) berlaku adalah sama. Hasil kajian ini menunjukkan suhu pemanasan 950 °C adalah suhu optimum untuk pembentukan fasa Tl-1212 sementara 1000 °C adalah suhu optimum untuk mendapatkan suhu genting tertinggi.

Item Type:Article
Keywords:Pembelauan sinar-X; Pembentukan fasa; Rintangan elektrik; Suhu pemanasan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17541
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2021 03:56
Last Modified:26 Oct 2021 06:26

Repository Staff Only: item control page