Ekstrak lemak sisa biji mangga (Mangifera indica L.) menggunakan pengekstrakan bendalir lampau-genting dan perbandingan fizikokimianya dengan lemak koko (Theobroma cacao L.)

Norhelaliah Isa, and Noor Soffalina Sofian-Seng, and Wan Aida Wan Mustapha, (2021) Ekstrak lemak sisa biji mangga (Mangifera indica L.) menggunakan pengekstrakan bendalir lampau-genting dan perbandingan fizikokimianya dengan lemak koko (Theobroma cacao L.). Sains Malaysiana, 50 (7). pp. 1901-1911. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil7_...

Abstract

Buah mangga boleh dimakan segar atau diproses menjadi jus dan jeruk tetapi hanya isi digunakan dan bijinya dibuang. Kajian terdahulu mendapati bahawa biji mangga mempunyai lemak seperti lemak koko. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan komposisi pemakanan dalam sisa biji jeruk mangga (SBJr) dan sisa biji jus mangga (SBJs); jumlah lemak antara SBJr dan SBJs melalui pengekstrakan bendalir lampau-genting (SFE); serta komposisi asid lemak dan takat lebur gelincir (SMP) terhadap lemak koko komersil (LK). Analisis proksimat menunjukkan bahawa SBJr dan SBJs mengandungi karbohidrat, lemak, protein, abu dan kelembapan. Pengekstrakan lemak SBJr dan SBJs menggunakan SFE (suhu 72 °C; tekanan 42.4 Mpa; 60 min; 4 mLmin-1 CO₂) menunjukkan lemak SBJr lebih tinggi (p<0.05) (6.4%) berbanding SBJs (3.37%). Lima jenis asid lemak ditemui dalam SBJr, SBJs dan LK iaitu asid palmitik, stearik, oleik, linoleik dan linolenik dengan kandungan (%) yang berbeza (p<0.05) bagi semua sampel. SMP bagi lemak SBJr (34.2 °C) lebih tinggi (p<0.5) diikuti oleh SBJs (32.17 °C) dan LK (30.27 °C). Walaupun ciri-ciri kimia lemak SBJr dan SBJs berbeza dengan LK, tetapi kedua-duanya berpotensi sebagai pengganti LK yang lebih baik kerana mengandungi asid lemak tak tepu yang lebih tinggi (p<0.05) dan asid lemak tepu yang lebih rendah (p<0.05) daripada LK. Penggunaan SBJr lebih praktikal kerana kandungan lemaknya tinggi dan SMP lemak ini sesuai dengan keadaan cuaca tropika.

Item Type:Article
Keywords:Lemak koko; Lemak mangga; Pengekstrakan bendalir lampau-genting; Sisa biji mangga
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17552
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2021 08:04
Last Modified:15 Nov 2021 01:33

Repository Staff Only: item control page