Validasi kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) jenis penukar ion dan perbandingannya terhadap HPLC jenis fasa berbalik bagi penentuan jumlah homosisteina

Affandi Omar, and Siti Rozilah Abdul Kadir, and Salina Abdul Rahman, and Fatimah Diana Amin Nordin, and Balqis Kamarudin, and Nur Jannaim Muhamad, and Rosnani Mohamed, and Nurul Adibah Rozali, and Norzahidah Khalid, and Muhd Irfan Bukhari Ahmad Nazri, and Julaina Abdul Jalil, (2021) Validasi kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) jenis penukar ion dan perbandingannya terhadap HPLC jenis fasa berbalik bagi penentuan jumlah homosisteina. Sains Malaysiana, 50 (7). pp. 1913-1920. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil7_...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kemampuan kaedah penentuan jumlah homosisteina dalam plasma dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis penukar ion (HPLC-IEC) dan membandingkan kaedah ini dengan kit komersil yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa berbalik (HPLC-RPC). Validasi kaedah bagi penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC telah dilakukan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 57 sampel daripada pesakit yang dihantar untuk penentuan jumlah homosisteina telah diuji secara serentak untuk menentukan korelasi antara kedua kaedah tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa validasi kaedah ini telah memenuhi keperluan ISO MS 15189 dan kelinearan sehingga 500 μM dengan pekali penentuan, r2 ialah 0.999. Kepersisan yang dikaji pada aras normal (10 μM) dan aras berpenyakit/abnormal (60 μM) bagi kebolehulangan adalah masing-masing 3.2% dan 3.8% manakala bagi kebolehasilan semula masing-masing adalah 8.0% dan 8.3%. Had pengesanan dan had pengiraan yang diperoleh adalah 0.9274 dan 3.0912 μM. Keputusan ketepatan bagi kembalian semula adalah 92% dan bias adalah -8.6%. Perbandingan kaedah yang telah divalidasi dengan kit komersil menunjukkan hubungan korelasi yang kuat antara kedua-dua kaedah ini (y = 0.721x + 4.034; r = 0.978; p<0.05). Oleh yang demikian, kaedah penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC menunjukkan kepersisan yang memuaskan dan korelasi yang kuat setara dengan kit komersil yang dianalisis menggunakan HPLC-RPC. Kaedah ini lebih menjimatkan kos reagen dan mampu menganalisis lebih banyak sampel jika dibandingkan dengan kit komersil. Ini sekaligus dapat membantu dalam diagnosis bagi penyakit kepincangan metabolisme terwaris (IEM) terutama dalam metabolisme homosisteina dengan tepat.

Item Type:Article
Keywords:Jumlah homosisteina; Kromatografi cecair berprestasi tinggi; Validasi kaedah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17553
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2021 08:42
Last Modified:15 Nov 2021 01:52

Repository Staff Only: item control page