Pemegunan bahan radioaktif dalam enap cemar minyak menggunakan kaca sebagai kaedah alternatif

Nur Syuhada Izzati Ruzali, and Nurshahirah Alwi, and Mohd Idzat Idris, and Syazwani Mohd Fadzil, and Rohyiza Ba’an, (2021) Pemegunan bahan radioaktif dalam enap cemar minyak menggunakan kaca sebagai kaedah alternatif. Sains Malaysiana, 50 (8). pp. 2419-2431. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil8_...

Abstract

Enap cemar minyak dikategorikan sebagai bahan radioaktif peringkat rendah dan pelupusan sisa ini menjadi isu penting dalam pengurusan sisa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguruskan bahan radioaktif tabii (NORM) yang terkandung dalam sisa enap cemar minyak melalui kaedah pengacaan dan mengkaji kadar larut lesap bahan dipegun sebelum dilupuskan. Kajian mendapati bahawa sisa muatan yang optimum bagi bentuk sisa kaca adalah pada julat 20-25% bt. sisa enap cemar dan 75-80% bt. sisa kaca CRT yang dibakar pada suhu 1200°C. Ujian XRD menunjukkan kesemua bentuk sisa kaca adalah kebanyakannya amorfus dan unsur-unsur bertabur dengan sekata melalui analisis FESEM-EDX. Tambahan pula, pembebasan ternormal adalah rendah dan tidak melebihi nilai penunjuk yang dijadikan rujukan. Bentuk sisa kaca yang terhasil dalam kajian ini menunjukkan kaedah pengacaan boleh menjadi alternatif bagi pelupusan sisa enap cemar minyak yang mengandungi bahan radioaktif.

Item Type:Article
Keywords:Bahan radioaktif tabii; Enap cemar minyak; Kaca CRT; Pemegunan sisa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:17596
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2021 03:00
Last Modified:19 Nov 2021 02:47

Repository Staff Only: item control page