Metafora konseptual dan manifestasi linguistik dalam bahasa Melayu dan Perancis : satu analisis kognitif

Suziana Mat Saad, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Imran Ho-Abdullah, (2018) Metafora konseptual dan manifestasi linguistik dalam bahasa Melayu dan Perancis : satu analisis kognitif. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 18 (3). pp. 114-134. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1098

Abstract

Makalah ini meneliti bagaimana manifestasi linguistik metafora konseptual diterjemahkan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Perancis. Sebelum ini aspek penterjemahan metafora telah ditangani menerusi teori terjemahan konvensional. Seiring dengan kebangkitan aliran kognitif dalam membicarakan tentang metafora, makalah ini mengambil inisiatif untuk menyelisik bagaimana pendekatan kognitif mampu menghuraikan permasalahan ini dari satu perspektif yang lebih segar secara makro. Bagi maksud tersebut tiga buah novel Melayu iaitu Salina, Ranjau Sepanjang Jalan dan Angin Timur Laut bersama dengan tiga novel versi terjemahan dalam bahasa Perancis iaitu Salina, Le Riz dan Le Vent de Sud-Est digunakan untuk kajian ini. Kesemua enam buah novel berkenaan membentuk Korpus Dwibahasa Melayu-Perancis. Menerusi kaedah Analisis Metafora Berpola (Stefanowitsch, 2006), enam metafora linguistik dipilih untuk dibincangkan. Tumpuan diberikan kepada metafora linguistik yang menunjukkan pemetaforaan konsep KEHIDUPAN iaitu KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN, KEHIDUPAN ADALAH PEPERANGAN dan KEHIDUPAN ADALAH PERJUANGAN. Penelitian ini akan dibuat berdasarkan pendekatan kognitif yang diusulkan oleh Kövecses (2005). Hasil analisis yang dilakukan ke atas enam data tersebut mendapati terdapat perbezaan dari segi bentuk kata yang digunakan dalam bahasa Melayu dan Perancis. Walau bagaimanapun dari sudut makna literal, makna figuratif dan metafora konseptual yang digunakan hanya satu sampel daripada konsep PERJALANAN yang mengalami perbezaan; lima data lain mengekalkan makna dan metafora konseptual yang sama.

Item Type:Article
Keywords:Terjemahan kognitif; Metafora konseptual; Analisis metafora berpola; Persamaan; Perbezaan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17611
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2021 03:29
Last Modified:22 Nov 2021 06:16

Repository Staff Only: item control page