Teknik pengukuhan perangkak tumpuan melalui modul pengesan bahasa bagi capaian web bahasa Melayu

Masnizah Mohd, and Wan Fariza Paizi@Fauzi, and Amri Jasin, (2018) Teknik pengukuhan perangkak tumpuan melalui modul pengesan bahasa bagi capaian web bahasa Melayu. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 18 (3). pp. 170-185. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1098

Abstract

Perangkak ialah antara komponen utama dalam seni bina sistem capaian maklumat atau enjin gelintar. Ia berfungsi mengumpul laman web yang relevan bertujuan untuk diuruskan melalui pengindeksan maklumat pautan dan kandungan. Perangkak tumpuan adalah aplikasi perangkak yang direka khas untuk memilih dan mengumpul laman web yang mempunyai kaitan tentang domain atau pertanyaan khusus di Internet. Perangkak yang baik mampu memberikan keputusan maklumat yang tepat, pantas, luas dan relevan kepada pengguna semasa proses pencarian maklumat menggunakan enjin gelintar. Kesukaran malah ketidakupayaan mengesan pautan serta kandungan berbahasa Melayu merupakan antara isu utama. Kesannya ialah ada di antara kandungan laman web Bahasa Melayu tidak dapat diindeks seterusnya diproses untuk capaian maklumat. Malah kekurangan perangkak yang khusus bagi carian laman web Bahasa Melayu sebagai bahasa carian utama menjadi pendorong utama penyelidikan ini. Maka objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti strategi merangkak yang baik untuk perangkak tertumpu memilih pautan yang relevan dan berkualiti berdasarkan pertanyaan Bahasa Melayu. Perangkak tumpuan yang digunakan dalam penyelidikan ini telah melalui pengubahsuaian hasil daripada gabungan beberapa teknik pengukuhan merangkak. Hasil pengujian yang berulang menunjukkan kehadiran modul pengukuhan perangkak tumpuan telah memberi keputusan yang baik iaitu berupaya mengesan laman web bahasa Melayu yang tepat. Penyelidikan ini juga menjadi titik tolak kepada perkembangan pencarian maklumat berdasarkan pertanyaan Bahasa Melayu di Internet, di samping dapat memartabatkan Bahasa Melayu di dunia siber.

Item Type:Article
Keywords:Perangkak; Capaian maklumat; Bahasa Melayu; Enjin gelintar; Web
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17614
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2021 03:39
Last Modified:22 Nov 2021 06:19

Repository Staff Only: item control page