Iktibar perbezaan pandangan wacana dunia dan lokal tentang status keselamatan bandar Kuala Lumpur, Malaysia

Seng, Boon Lim and Jalaluddin Abdul Malek, and Yong, Chee Kong and Zurinah Tahir, and Bimo Hernowo, (2021) Iktibar perbezaan pandangan wacana dunia dan lokal tentang status keselamatan bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 143-158. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
590kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Pemahaman tentang penilaian keselamatan bandar agak mengelirukan dan sering kali berlaku percanggahan kesimpulan antara wacana antarabangsa dengan wacana tempatan. Diperhatikan wacana luar negara menilai bandar Kuala Lumpur (KL), Malaysia, sebagai ‘bandar sederhana rendah selamat’ (below average), tetapi wacana tempatan melihat KL sebagai bandar selamat yang sangat sesuai untuk didiami. Sehubungan itu, kajian ini cuba memahami jurang perbezaan yang wujud antara wacana antarabangsa dengan wacana tempatan dalam menilai keselamatan bandar KL serta aspek-aspek yang boleh dipelajari daripada wacana kedua-dua pihak. Artikel ini mengguna pakai kaedah kajian kes berpandukan jadual matriks perbandingan, analisis jarak daripada nilai min, dan penilaian skor. Hasil kajian menunjukkan bahawa institusi antarabangsa melihat daripada sudut yang lebih meluas seperti sudut ekonomi, pelaburan, dan pelancongan, dan menilai KL berdasarkan lima aspek keselamatan, iaitu keselamatan awam, peribadi, kesihatan, infrastruktur, dan digital. Sebaliknya, sarjana tempatan menjurus kepada faktor yang lebih lokal dan dekat dengan kehendak penduduk, iaitu pelaksanaan Crime Prevention through Environmental Design, pencegahan jenayah, dan keberkesanan program bandar selamat. Walau bagaimanapun, didapati penarafan bandar KL sebagai ‘bandar sederhana rendah selamat’ di mata dunia tidak begitu diambil berat oleh penduduk tempatan kerana mereka hidup dalam keadaan sejahtera dan kes-kes jenayah di sekitar KL berada pada tahap terkawal. Pada pendapat pengkaji, perbezaan pandangan perlu dijadikan iktibar dan tidak harus dipandang ringan, manakala adaptasi terhadap kebimbangan ke atas jenayah perlu diteliti. Kajian ini merupakan kajian yang pertama menyumbangkan perbandingan perspektif antara dunia dengan tempatan berkenaan konsep keselamatan di Malaysia, khasnya bandar KL.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi kebimbangan terhadap jenayah; Bandar selamat; Crime Prevention through Environmental Design; Crime Prevention through Social Development; Kesejahteraan hidup; Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17630
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2021 08:47
Last Modified:22 Nov 2021 06:44

Repository Staff Only: item control page