Mukim Slim : tapak pelancongan bersejarah di Perak

Nazirah Lee, and Rabaah Abdullah, and Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, and Siti Zahrah Mahfood, and Mazdi Marzuki, (2021) Mukim Slim : tapak pelancongan bersejarah di Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 191-205. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
351kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Mukim Slim adalah sebahagian daripada daerah Muallim yang terletak di selatan Perak. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk dibangunkan sebagai tapak pelancongan bersejarah. Mukim Slim mempunyai berbagai lokasi bersejarah yang usianya menjangkau ribuan tahun, daripada pra sejarah sehinggalah kepada zaman penjajahan British. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kaedah kualitatif. Sumber primer dan sekunder diteliti daripada koleksi institusi seperti Arkib Negara Malaysia dan Muzium Perak. Selain itu, sumber primer juga diperolehi daripada laman sesawang. Hasil kajian mendapati, mukim Slim merupakan pusat kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum abad ke-19. Semasa Perang Dunia Kedua, mukim Slim adalah lokasi pertempuran terpenting di antara pihak British dan Jepun kerana “Perang Slim River” yang menentukan siapakah yang akan memenangi perang tersebut berlaku di sini. Jelasnya, latar belakang sejarah dan peristiwa yang berlaku di mukim Slim menyebabkan ia mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai tapak pelancongan bersejarah di Perak. Namun begitu, kajian ini juga mendapati pelancongan bersejarah masih belum diberikan perhatian sepenuhnya di mukim Slim. Sehubungan itu, kerjasama bersepadu di antara semua pihak adalah perlu bagi menyemarakkan sektor pelancongan bersejarah di mukim Slim. Ia penting kerana pemerkasaan aktiviti pelancongan bersejarah akan membantu meningkatkan ekonomi setempat dan mempelbagaikan destinasi pelancongan di Perak sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Laluan Mat Kilau; Mukim Slim; Pelancongan bersejarah; Perang dunia kedua; Perak; Tasik YDP
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17633
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 00:11
Last Modified:22 Nov 2021 06:58

Repository Staff Only: item control page