Politik pilihan raya dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di Negeri Sembilan

Junaidi Awang Besar, and Mokhtar Jaafar, and Mokhtar Ahmad, (2021) Politik pilihan raya dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 206-220. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
958kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menyaksikan buat pertama kalinya parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menewaskan Barisan Nasional di Negeri Sembilan dengan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai oleh PH berbanding 16 kerusi DUN dikuasai BN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN. Kemenangan PH ini menunjukkan berlakunya dinamika politik yang disebabkan oleh faktor isu, kepimpinan, pengaruh media sosial dan ingin mencuba pemerintahan baru. Artikel ini menganalisis politik pilihan raya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan pasca PRU-14 di Negeri Sembilan. Penulisan artikel ini menggunakan data primer iaitu data kualitatif daripada pemerhatian di lapangan dan data sekunder iaitu olahan data sekunder daripada keputusan PRU-14 dari Suruhanjaya Pilihan Raya bagi Negeri Sembilan, buku akademik, artikel jurnal dan kertas seminar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perubahan politik yang berlaku di Negeri Sembilan telah memberi satu gambaran tentang dinamisnya pola tingkah laku politik dalam pengundian. Namun begitu, beberapa kawasan di Negeri Sembilan masih lagi memberi sokongan kuat kepada BN terutamanya di beberapa DUN yang majoritinya pengundi kaum Melayu. Isu nasional terutama 1MDB dan cukai GST adalah sebahagian daripada modal berkempen yang kuat dan kerap digunakan oleh PH dalam kempen mereka di samping isu pemilikan tanah. Bagi pasca PRU-14, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlaku di negeri ini memberi gambaran yang berbeza mengenai sokongan rakyat terhadap kepimpinan semasa. Oleh itu implikasi penulisan artikel ini menunjukkan bahawa politik nasional dan politik Negeri Sembilan bersifat dinamik dan berseni berdasarkan kepada isu dan kredibiliti kepimpinan.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Umum; Dinamika politik; Isu; Kepimpinan; Media sosial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17634
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 00:14
Last Modified:22 Nov 2021 06:59

Repository Staff Only: item control page