Mohd Nor Hafis Ahmad Pauzan, and Junaidi Awang Besar, and Hamzah Jusoh, (2021) Impak persempadanan semula bahagian pilihan raya terhadap pola pengundian dalam pilihan raya umum ke-14 di kawasan DUN Kadok dan Melor, Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 221-234. ISSN 2180-2491
|
PDF
859kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Abstract
Persempadanan semula merupakan salah satu elemen penting dalam sistem pilihan raya bagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Persempadanan merujuk kepada garisan kawasan yang menentukan pembahagian kuasa pentadbiran dan pemetaan. Persempadanan sesuatu kawasan adalah berbeza bergantung kepada keperluan sama ada di bawah bidang kuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga sempadan pilihan raya. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis impak persempadanan semula bahagian pilihan raya terhadap pola pengundian di kawasan DUN Kadok dan Melor, Kelantan. Berdasarkan kepada pemerhatian di lapangan, sesi temu bual, ‘scoresheet’ keputusan pilihan raya, kajian perpustakaan dan peratusan bantahan ke atas pemilih di kawasan terlibat, didapati bahawa wujudnya ketidakseimbangan dari segi populasi pemilih di kedua-dua kawasan tersebut. Pendefinasian yang sesuai dalam aspek ketidakseimbangan ini dikategorikan sebagai ‘malapportionment’. Ianya juga jelas menunjukkan bahawa prinsip ‘one man one vote, one vote one value’ diketepikan sama sekali demi mengukuhkan kuasa geopolitik sesuatu parti. Justeru itu, artikel ini mengupas lebih lanjut mengenai kesan pelaksanaan persempadanan semula terhadap pola pengundian di kawasan DUN Kadok dan Salor, Kelantan pada pilihan raya umum yang ke-14.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Geopolitik; Malapportionment; Persempadanan semula; Persempadanan; Pilihan raya; Pola pengundian |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 17635 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Nov 2021 00:45 |
Last Modified: | 22 Nov 2021 07:01 |
Repository Staff Only: item control page