Sorotan karya bersistematik terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas di Malaysia bagi mengatasi kesunyian

Muhamad Faisal Ashaari, and Nurul Aini Norhisham, and Rosmawati Mohamad Rasit, and Zainab Ismail, (2021) Sorotan karya bersistematik terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas di Malaysia bagi mengatasi kesunyian. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 248-260. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Kedatangan media sosial telah menjadikan hubungan antara manusia semakin kerap berlaku termasuk dalam kalangan warga emas. Kajian mendapati penggunaan media sosial dengan cara yang aktif di samping penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan boleh mengurangkan perasaan kesunyian dalam kalangan warga emas. Di Malaysia, walau pun penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas semakin memberangsangkan, tidak ramai yang mengetahui bagaimana mereka mengatasi kesunyian dengan menggunakan media sosial. Justeru, artikel ini memilih sorotan karya bersistematik sebagai satu metodologi untuk menjalankan penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pola penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas dan penggunaan media sosial dalam membina hubungan. Kajian ini dijalankan secara sistematik melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian ini menggunakan empat proses dalam PRISMA bagi meneroka sorotan karya iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan rangkuman. Hasil kajian menunjukkan warga emas kerap menggunakan Facebook dan WhatsApp berbanding jenis media sosial lain. Tujuan warga emas menggunakan media sosial adalah untuk membina hubungan maya dengan ahli keluarga dan rakan. Mereka juga menggunakan media sosial untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengatasi perasaan kesunyian. Untuk kajian lanjutan, artikel ini mencadangkan tiga bidang kajian bagi mengatasi perasaan kesunyian dalam kalangan warga emas iaitu bimbingan penggunaan media sosial yang berkesan, penggunaan media sosial sebagai sokongan sosial bagi mengatasi kesunyian dan ceramah agama online bagi mengisi masa yang terluang.

Item Type:Article
Keywords:Kebimbangan; Kesunyian, Malaysia; Media sosial; Media baharu; Warga emas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17637
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 01:00
Last Modified:22 Nov 2021 07:03

Repository Staff Only: item control page