Pengaruh kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi di Malaysia

Ang, Shu Yen and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Norruzeyati Che Mohd Nasir, and Roseliza-Murni AbRahman, and Balan Rathakrishnan, (2021) Pengaruh kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 261-274. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
450kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Banyak kajian lepas di Barat membuktikan faktor psikologikal menjadi asas kepada pembentukan sikap pro-jenayah dalam kalangan individu. Walau bagaimanapun, kajian yang mengaitkan faktor psikologikal dan sikap pro-jenayah masih terhad dalam konteks Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan serta pengaruh tiga faktor psikologikal iaitu kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan tinjauan dan penggunaan soal selidik yang mengandungi empat instrumen iaitu Self-Control Scale Malay Version, Brief Sensation Seeking Scale (BSSS-8), How I Think Questionnaire Malay Version (HITQ-M) dan Measures of Criminal Attitudes and Associates (MCAA). Seramai 385 belia direkrut dari seluruh Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Dapatan kajian menunjukkan ketiga faktor psikologikal (kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif) mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan sikap pro-jenayah. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan ketiga faktor psikologikal memberi pengaruh sebanyak 17.9% terhadap sikap pro-jenayah di mana pengherotan kognitif merupakan peramal signifikan yang paling kuat. Malah pengherotan kognitif juga merupakan faktor yang paling kuat berkait dengan sikap pro-jenayah. Dapatan kajian sangat bermanfaat dalam usaha memahami sikap pro-jenayah dari sudut psikologi. Dapatan kajian juga sangat diperlukan kepada profesion menolong seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan kaunselor dalam membangunkan modul intervensi awal bagi individu yang berisiko tinggi kepada tingkah laku jenayah.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Faktor psikologikal; Kawalan kendiri; Pencarian sensasi; Pengherotan kognitif; Sikap pro-jenayah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 01:06
Last Modified:22 Nov 2021 07:04

Repository Staff Only: item control page