Kesenian Randai sebagai manifestasi budaya masyarakat Perpatih di Negeri Sembilan

Nor Atikah Azmi, and Zubir Idris, and Ab. Samad Kechot, (2021) Kesenian Randai sebagai manifestasi budaya masyarakat Perpatih di Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 275-285. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Kajian ini mengetengahkan kesenian Randai sebagai salah satu kesenian rakyat yang terdapat di Negeri Sembilan. Sungguhpun kesenian ini mempunyai ikatan yang rapat dengan tradisi dan kesenian Minangkabau, kajian lebih menumpukan kesenian Randai yang sudah berasimilasi dengan kebudayaan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kesenian Randai yang menjadi tumpuan ialah di mukim Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan atas faktor majoriti masyarakat Perpatih yang masih boleh bertutur dalam bahasa Minang selain daripada kepakaran ahli dalam kesenian yang masih aktif mempersembahkan kesenian Randai. Persoalan kajian yang ingin dirungkai ialah berkenaan elemen budaya yang terdapat dalam lirik-lirik lagu dalam kesenian Randai. Elemen-elemen budaya yang dirungkai ialah berkaitan dengan agama dan kepercayaan. Untuk merungkai elemen-elemen budaya dalam lagu, pengkaji mengguna pakai konsep etnomuzikologi yang melihat hubungan muzik terhadap aspek-aspek kebudayaan dalam hasil seni sesebuah masyarakat. Kompleksiti berkenaan aspek budaya sememangnya tidak asing dalam apa jua hasil kesenian rakyat, namun ia perlu diinterpretasikan untuk kefahaman yang lebih baik terutamanya kepada mereka yang berada di luar ruang lingkup tradisi Adat Perpatih.

Item Type:Article
Keywords:Adat Perpatih; Agama dan kepercayaa; Budaya; Etnomuzikologi; Kesenian Randai; Minangkabau
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17639
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 01:11
Last Modified:22 Nov 2021 07:05

Repository Staff Only: item control page