Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2021) Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 286-297. ISSN 2180-2491
|
PDF
547kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Abstract
Sebup adalah sebahagian suku kaum Kenyah di Sarawak. Masyarakat Sebup mendiami kawasan Long Loyang, di Miri. Masyarakat ini masih kuat mengamalkan beberapa budaya tradisi dan antaranya adalah berhubung dengan gong. Setiap keluarga aristokrat Sebup pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah gong dan lazimnya gong disimpan bersama bekalan beras di sebuah tempat khusus. Ruang penyimpanan khas bagi gong ini sudah cukup untuk menggambarkan kedudukan dan kepentingan gong dalam masyarakat Sebup. Peranan gong dalam konteks budaya Sebup melangkaui fungsi lazimnya sebagai sebuah alat muzik. Artikel ini bertujuan menerangkan fungsi gong dalam kitaran hidup golongan aristokrat Sebup. Untuk tujuan tersebut, sebuah kajian asas dirangka dengan reka bentuk kaedah kualitatif untuk memperoleh data. Memandangkan jurang ilmu yang agak ketara dalam subjek ini, maka temu bual dipilih sebagai kaedah utama bagi memperoleh data. Penyimpan adat masyarakat Sebup dan beberapa orang ahli masyarakat aristokrat yang berusia lebih 60 tahun ke atas dipilih sebagai informan. Dapatan kajian mendapati gong merupakan antara budaya bahan yang sangat penting dan berharga bagi golongan aristokrat Sebup. Gong adalah antara peralatan yang wajib ditampilkan dalam hampir kesemua upacara dalam kitaran hidup aristokrat Sebup. Gong wajib ditampilkan dan digunakan dalam upacara perkahwinan, pemberian status aristokrat dan kematian. Fungsi gong bagi golongan aristokrat masyarakat Sebup adalah sebagai komoditi, penunjuk kedudukan kewangan dan status sosial, manakala bunyinya adalah petanda situasi kecemasan bagi masyarakat Sebup.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya material; Gong; Kajian etnik; Kenyah; Sarawak; Sebup |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 17640 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Nov 2021 01:17 |
Last Modified: | 22 Nov 2021 07:06 |
Repository Staff Only: item control page