Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional

Muhd Norizam Jamian, and Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali, (2021) Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 327-339. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
768kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Perubatan tradisional merupakan suatu warisan masyarakat zaman lampau yang diwarisi daripada leluhur untuk kesejahteraan masyarakat. Masyarakat Melayu turut mempunyai pelbagai kaedah rawatan dan bahan perubatan tradisional yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan daripada penyakit. Kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengkaji amalan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan, menganalisis proses ritual penggunaan tawas dalam proses perubatan dan mengenal pasti fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat tentang perubatan Melayu tradisional dan kaedah etnografi menerusi kajian lapangan di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor dengan menemu bual pengamal perubatan tradisional yang menggunakan tawas. Kaedah pemerhatian turut dilakukan semasa proses rawatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran proses ritual penggunaan tawas dalam perubatan tradisional. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan antropologi perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa proses ritual dan fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional khususnya rawatan penyakit batin yang dikaitkan dengan makhluk halus. Dalam konteks bidang etnoperubatan, kajian ini penting untuk mendokumentasikan penggunaan tawas sebagai sebahagian khazanah perubatan Melayu tradisional agar tidak hilang ditelan zaman. Dalam jangka masa panjang pula masyarakat Melayu boleh memanfaatkan ilmu pengubatan tradisional yang sesuai sebagai satu cara pengubatan alternatif.

Item Type:Article
Keywords:Penyakit batin; Perubatan Melayu tradisional; Rawatan; Ritual; Tawas; Warisan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17643
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 01:53
Last Modified:22 Nov 2021 07:13

Repository Staff Only: item control page