Usman Awang dan Sedili : hubungan daripada pelancongan kesusasteraan dunia

Mawar Safei, and Noordeyana Tambi, and Ermy Azziaty Rozali, (2021) Usman Awang dan Sedili : hubungan daripada pelancongan kesusasteraan dunia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 340-354. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Pelancongan di Malaysia rata-rata tertumpu kepada asas budaya dengan latar penduduknya yang berbilang kaum. Satu bahagian kebudayaan yang agak kurang diperhatikan adalah peranan kesusasteraan sebagai bentuk atau ragam pelancongan di Malaysia. Sejarah panjang pelancongan kesusasteraan di banyak belahan dunia seperti di United Kingdom (Shakespeare, Charles Dickens, Arthur Conan Doyle), Jepun (Basho, Ryūnosuke Akutagawa, Haruki Murakami) atau Russia (Leo Tolstoy, Anton Chekhov, Alexander Pushkin or Fyodor Dostoevsky), turut menjadi dalil keupayaan Malaysia untuk membangunkan sub genre pelancongan budaya ini. Kajian ini melihat bagaimana Malaysia yang turut mempunyai warisan kesusasteraan yang panjang, dapat mengambil pengalaman yang sama dengan mengenal pasti (i) bentuk dan ciri-ciri pelancongan kesusasteraan; dan (ii) mengenal pasti tokoh sasterawan yang dapat dinamakan sebagai titik tumpu pelancongan kesusasteraan. Kerangka kesusasteraan pelancongan digunakan untuk melihat hubungan empat mauduk, seperti (i) analisis wacana pelancongan dalam karya sastera, (ii) kajian kegiatan sastera terkait dengan pelancongan, (iii) kajian latar tempat kesasteraaan, (iv) alih wahana sastera sebagai promosi pelancongan. Dapatan kajian mengemukakan penyair Usman Awang sebagai tokoh sastera pelancongan Malaysia dengan mempertimbangkan latar kepengarangan dan latar kelahirannya di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Usulan kegiatan sastera seperti baca puisi, persembahan teater atau diskusi karya yang diadakan dengan pengisian kembara ke Sedili meliputi tapak rumah kelahiran dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Usman Awang. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam bentuk kerjasama pihak Yayasan Usman Awang dan Yayasan Warisan Johor. Karya Usman Awang dalam genre puisi, cerpen, drama dan muzik turut dilihat dalam lensa antara disiplin dan alih wahana seperti puisi “Kekasih”, “Tanahairku” dan “Ke Makam Bonda.”

Item Type:Article
Keywords:Kesusasteraan pelancongan; Kuala Sedili; Pelancongan budaya; Puisi Melayu; Ragam pelancongan; Usman Awang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17644
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 01:56
Last Modified:22 Nov 2021 07:14

Repository Staff Only: item control page