Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Suffian Mansor, and Karim Harun, and Mohamad Rodzi Abd Razak, (2021) Masyarakat Orang Asli Jakun di Rompin, Pahang : kajian terhadap pemuliharaan cerita lisan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 355-365. ISSN 2180-2491
|
PDF
315kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Abstract
Kajian ini memfokuskan tentang pemuliharaan cerita lisan Orang Asli Jakun di Rompin, Pahang. Cerita lisan yang ada dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jakun semakin berkurangan, beransur hilang dan diancam kepupusan. Hal ini akan memberi kesan terhadap kelangsungan cerita lisan sebagai sebahagian daripada tradisi lisan yang membentuk jati diri masyarakat Orang Asli Jakun. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemuliharaan cerita lisan masyarakat Orang Asli Jakun dalam usaha untuk mengekalkan tradisi tersebut. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah kajian lapangan dan temu bual separa struktur. Kaedah kajian lapangan dijalankan di Kampung Sungai Mok, Rompin, Pahang. Temu bual separa struktur dilakukan terhadap informan yang masih bergiat aktif dalam menuturkan cerita lisan. Kajian ini juga disokong oleh kajian perpustakaan yang menyediakan data sekunder berdasarkan kajian lepas. Kajian ini menggunakan teknik analisis tematik untuk menyaring data supaya memperoleh data yang betul dan sesuai. Hasil penemuan mendapati bilangan cerita lisan Orang Asli Jakun semakin berkurangan. Hasil kajian juga membuktikan bahawa aktiviti pemuliharaan ke atas cerita lisan itu dapat mengekalkan tradisi tersebut untuk dinikmati generasinya. Kelangsungan cerita lisan Orang Asli Jakun boleh bertahan dengan sokongan dan kerjasama daripada khalayak masyarakat mereka. Justeru, kajian ini dapat memberi manfaat terhadap usaha pemuliharaan cerita lisan agar dapat terus kekal dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jakun. Sumbangan kajian ini juga amat bermakna terhadap kosa ilmu pengetahuan mengenai cerita lisan Orang Asli.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cerita lisan; Jakun; Kearifan tempatan; Kepupusan; Orang Asli; Pemuliharaan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 17645 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Nov 2021 02:00 |
Last Modified: | 22 Nov 2021 07:15 |
Repository Staff Only: item control page