Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin

Muhamad Syahman Mahdi, and Yusmilayati Yunos, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2021) Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 366-374. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah kejadian berdarah yang menjadi titik hitam kepada penduduk Malaysia. Selepas tercetusnya peristiwa tersebut lima prinsip Rukun Negara telah digubal untuk dijadikan pegangan dan dasar bagi penyatuan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi melestarikanya, setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara perlu diperkasakan dan diamalkan melalui amalan perpaduan bagi menjamin kestabilan sosial dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan dihormati. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesedaran dan kepentingan Rukun Negara, dan seterusnya melihat kelebihan animasi Upin & Ipin dalam memberi sumbangan yang positif bagi pembentukan perpaduan sosial masyarakat di Malaysia. Animasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat hasil dapatan iaitu kesejahteraan, perpaduan, bahasa dan media massa saling berkaitan antara satu sama lain dalam membentuk strategi pemantapan dan pengukuhan perpaduan melalui prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Kejayaan mengadunkan keempat-empat dapatan ini telah menghasilkan sebuah jalan cerita animasi yang baik bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memahami dan menghayati Rukun Negara. Justeru, implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi titik awal terhadap pembentukan perpaduan yang dinamik menerusi Rukun Negara bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berpendirian teguh.

Item Type:Article
Keywords:Animasi; Kesopanan dan kesusilaan; Perpaduan; Rukun Negara; 13 Mei 1969; Upin & Ipin
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17646
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 02:25
Last Modified:22 Nov 2021 07:16

Repository Staff Only: item control page