Tabu bahasa dalam aktiviti ekonomi masyarakat Iban di Sungai Passai, Sarawak

Mangie Anak Liddy, and Kartini Abd. Wahab, (2021) Tabu bahasa dalam aktiviti ekonomi masyarakat Iban di Sungai Passai, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 375-388. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
708kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Masyarakat Iban Sarawak merupakan rumpun Dayak yang terdapat di Kepulauan Borneo. Masyarakat peribumi ini kaya dengan pelbagai warisan adat resam yang menjadi panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Ritual dan pantang larang adalah antara amalan yang dipraktikkan dalam pelbagai kegiatan hidup termasuklah dalam aktiviti ekonomi. Sehubungan itu, timbul persoalan tentang apakah pantang larang atau tabu daripada aspek bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Iban dalam aktiviti ekonomi mereka? Apakah fungsi tabu bahasa tersebut dan faktor yang mempengaruhi penggunaannya? Justeru, makalah ini bertujuan membincangkan jenis tabu bahasa, fungsi tabu bahasa serta faktor penggunaannya dalam kegiatan ekonomi masyarakat Iban. Untuk tujuan tersebut, kajian lapangan dijalankan di petempatan masyarakat Iban di Sungai Passai, Sibu Sarawak. Data diperoleh melalui kaedah temu bual dan rakaman yang melibatkan tujuh informan penutur natif bahasa Iban, berdasarkan kriteria NORM/F. Data dianalisis secara deskriptif selaras dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tabu bahasa dalam kegiatan ekonomi masyarakat Iban di Sungai Passai diamalkan dalam aktiviti penanaman padi, perikanan, perburuan dan pengutipan hasil hutan. Tabu bahasa berfungsi untuk mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat, semasa menjalankan aktiviti ekonomi dan untuk menjamin pendapatan yang lumayan. Faktor utama tabu bahasa diamalkan oleh masyarakat Iban di Sungai Passai disebabkan oleh pengaruh budaya tradisi yang telah sebati dengan kehidupan mereka sejak turun-temurun. Selain itu, faktor sikap dan faktor taraf hidup juga turut mempengaruhi penggunaan tabu bahasa dalam masyarakat ini. Kesimpulannya, masyarakat Iban di Sungai Passai mengamalkan tabu bahasa dalam aktiviti ekonomi harian mereka, demi menjamin kesejahteraan dalam masyarakat dan amalan ini dipengaruhi oleh faktor budaya, sikap dan taraf hidup mereka.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti ekonomi; Budaya; Iban; Sarawak; Sungai Passai; Tabu bahasa
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17647
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 02:29
Last Modified:22 Nov 2021 07:18

Repository Staff Only: item control page