Rekonstruksi vokal bahasa Minangkabau : pengintegrasian merentasi geopolitik

Ernawita Atan, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2021) Rekonstruksi vokal bahasa Minangkabau : pengintegrasian merentasi geopolitik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 389-401. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Kajian ini memerihalkan tentang pengintegrasian varian Minangkabau antara dua kawasan geopolitik yang serumpun iaitu Semenanjung Malaysia dan Pulau Sumatera, Indonesia. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan berkisar tentang varian Minangkabau. Kajian oleh Chaidir Anwar (1964), Sjam Bachijar (1965) dan Tamsin Medan (1967) bertujuan membandingkan varian Minangkabau untuk mendapatkan bentuk purba fonem vokal dan konsonan juga diftong. Berdasarkan kaedah lapangan, pendekatan semak dan cakap melalui teknik khas telah dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk merekonstruksi vokal Varian Minangkabau Purba yang wujud di Sumatera Indonesia dan Malaysia. Rekonstruksi Varian Minangkabau Purba ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Rekonstruksi varian ini menggunakan kaedah rekonstruksi dalaman. Kriteria rekonstruksi yang digunakan ialah menentukan kata kognat, mencari perangkat kesepadanan, menentukan rekurensi fonem dan memperoleh fonem purba. Enam belas varian Minangkabau Sumatera, Indonesia dan Semenanjung Malaysia telah diselidiki, iaitu Bangkinang, Paya Kumbuh, varian Tanah Datar, varian Rao, varian Pancung Soal, varian Pangkalan Koto Baru, varian Agam Barat, varian Agam Timur, varian Muara Sg. Labuh, varian Pariaman di Pulau Sumatera. Di Semenanjung Malaysia, kajian dibuat di Negeri Sembilan di Kg. Gagu Jelebu dan Kg. Talang Kuala Pilah, Selangor di Kg. Padang Hulu Langat dan Kg. Ulu Rening Batang Kali, Kg. Sesapan Batu Minangkabau, Beranang dan Pahang di Kg. Janda Baik Bentong. Hasil kajian membuktikan bahawa Varian Minangkabau Purba yang direkonstruksi ini memiliki enam fonem vokal iaitu /i, u, o, e,  dan a/ yang terdiri daripada satu vokal depan, dua vokal tengah dan dua vokal belakang. Kehadiran fonem-fonem purba iaitu fonem vokal terjadi secara teratur dan mudah dijangka. Keberadaan beberapa ciri sporadik pada fonem vokal memberi gambaran bahawa terjadinya inovasi kerana disebabkan oleh faktor migrasi setempat. Proses ini terjadi hingga menerbitkan ciri inovasi.

Item Type:Article
Keywords:Inovasi; Perbandingan kualitatif; Rekonstruksi; Varian; Varian Minangkabau; Vokal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17648
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 02:32
Last Modified:22 Nov 2021 07:19

Repository Staff Only: item control page