Maslida Yusof, and Karim Harun, (2021) Spesifikasi ruang dalam kata kerja deiktik datang dan pergi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 402-416. ISSN 2180-2491
|
PDF
530kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Abstract
Makalah ini meneliti kata kerja deiktik datang dan pergi sebagai spesifikasi ruang dalam bahasa Melayu. Kata kerja deiktik yang juga dipanggil sebagai kata kerja gerak deiktik merujuk kepada mana-mana kata kerja yang menandakan arah bagi sesuatu entiti sedang bergerak seperti datang dan pergi. Justeru dalam usaha untuk memahami komponen deiktik dalam kata kerja gerak datang dan pergi, maka kajian ini mengambil 100 konkordans kata kerja datang dan 100 konkordans kata kerja pergi daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam menganalisis kata kerja gerak deiktik datang dan pergi, kajian ini menggunakan Model Talmy yang berasaskan kepada konsep pusat deiktik. Pusat deiktik merupakan titik rujukan yang ekspresi deiktik bergantung kepadanya. Berdasarkan data daripada korpus bahasa Melayu, kata kerja pergi menunjukkan makna “BERGERAK KE ARAH” titik yang bukan merupakan lokasi penutur/peserta. Manakala makna leksikal kata kerja datang adalah “GERAK KE (ARAH)” titik yang merupakan lokasi penutur. Selain itu, analisis data korpus juga dapat menjelaskan bahawa kata kerja gerak datang berdasarkan orientasi perspektif−ketibaan sedangkan kata kerja gerak pergi berdasarkan orientasi perspektif−perlepasan. Kajian ini secara tidak langsung menunjukkan kelas kata kerja gerak bahasa Melayu sebagaimana bahasa-bahasa lain yang telah dikaji mengandungi secara asasnya Objek, pergerakannya melalui Laluan yang berhubungan dengan objek yang lain (Tanda Tempat).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kata kerja deiktik; Kata kerja gerak; Datang; Pergi; Pusat diektik; Ruang |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 17649 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Nov 2021 02:35 |
Last Modified: | 22 Nov 2021 07:21 |
Repository Staff Only: item control page