Peranan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif dalam pembentukan penggiat dan penonton kesenian Bangsawan

Marlenny Deenerwan, and Haneem Said, (2021) Peranan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif dalam pembentukan penggiat dan penonton kesenian Bangsawan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 447-460. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Sejak era kegemilangan Bangsawan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an, kesenian ini telah dikategorikan sebagai sebuah teater urban berikutan proses urbanisasi yang pesat di bandar-bandar tempat kesenian Bangsawan berkembang. Isu ini jarang dibincangkan dengan mendalam kerana penyelidikan sedia ada lebih memberikan tumpuan ke atas elemen seni persembahan yang terkandung dalam kesenian ini. Kajian bertujuan menganalisis peranan Kuala Lumpur sebagai sebuah faktor penting dalam pertumbuhan kumpulan Bangsawan dan juga kelompok penontonnya di Malaysia. Peranan ini seterusnya mengangkat kepentingan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota kreatif dalam konteks pembangunan seni dan budaya. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Data kajian terhasil daripada temu bual dan juga analisis dokumen. Analisis kandungan dijalankan dengan mengaplikasikan model eksperimental Yokohama yang mengemukakan prinsip-prinsip pembangunan bandar kreatif seni dan budaya. Hasil kajian menemui peranan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pembangunan kegiatan Bangsawan terutamanya selepas merdeka. Kegiatan ini berhasil melahirkan begitu banyak kumpulan Bangsawan yang dianggotai oleh generasi muda dengan pendekatan yang lebih kontemporari dan kemunculan kelompok penonton yang lebih besar. Aplikasi model eksperimental Yokohama sebagai kerangka petunjuk dalam kajian ini menyerlahkan ciri-ciri Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar kreatif seni dan budaya. Penilaian dilakukan berdasarkan inisiatif dan komitmen yang dicapai menerusi kegiatan Bangsawan. Menerusi tiga prinsip model yang dibincangkan, kesenian Bangsawan dan bandar raya Kuala Lumpur telah mencipta sinergi yang membentuk identiti Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar kreatif seni dan budaya. Kegiatan Bangsawan berhasil membangunkan persekitaran kreatif serta menghimpun individu artistik dan kreatif di Kuala Lumpur. Program-program pementasan Bangsawan turut membina kluster industri kreatif yang mencetuskan aktiviti ekonomi. Pada masa yang sama, warga Kuala Lumpur turut berperanan dalam mencapai visi menghidupkan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif seni dan budaya. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi faktor utama dalam projek pemulihan semula ke atas seni tradisional paling berjaya yang pernah berlaku di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bangsawan; Kuala Lumpur; Bandar kreatif; Model eksperimental Yokohama; Projek pemulihan semula; Teater tradisional
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17652
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 02:44
Last Modified:22 Nov 2021 07:25

Repository Staff Only: item control page