Pemuliharaan beberapa bangunan bersejarah di Kelantan : tinjauan ke atas penglibatan komuniti setempat dalam suai guna semula

Daeng Haliza Daeng Jamal, and Zuliskandar Ramli, (2021) Pemuliharaan beberapa bangunan bersejarah di Kelantan : tinjauan ke atas penglibatan komuniti setempat dalam suai guna semula. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (2). pp. 461-474. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
714kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396

Abstract

Bangunan bersejarah merupakan salah satu nilai kebudayaan yang melambangkan identiti sesebuah bangsa. Usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah daripada ancaman kemusnahan perlu dilakukan secara komprehensif dan komited oleh semua pihak termasuk komuniti setempat. Hal ini kerana komuniti setempat merupakan pihak yang paling hampir untuk dirujuk dalam usaha melindungi aset warisan daripada ancaman kepupusan. Komuniti setempat juga adalah kelompok yang akan menerima manfaat hasil usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan penglibatan komuniti setempat dalam usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah di kawasan mereka khususnya menerusi pendekatan suai guna semula. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dianalisis dengan pendekatan analisis tematik. Kerangka Tangga Penyertaan (Ladder of Participation) yang dikemukakan oleh Arnstein dijadikan panduan dalam menganalisis penglibatan komuniti bagi kajian ini. Hasil tinjauan di lapangan mendapati, komuniti setempat di kedua-dua jajahan ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memulihara dan memelihara bangunan bersejarah dengan menggunakannya semula. Masjid Lama Kedai Mulong telah dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan pendekatan suai guna semula. Komuniti Peranakan Cina di Tanah Merah juga didapati mempunyai kesedaran dan komitmen untuk melindungi rumah tradisional mereka daripada ancaman kemusnahan. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya Galeri Peranakan Cina Kelantan hasil penyesuaigunaan semula salah satu rumah tradisional komuniti ini. Secara tidak langsung kajian ini membuktikan selain pihak kerajaan, komuniti setempat turut membantu dan proaktif dalam melestarikan warisan setempat. Pemuliharaan aset warisan yang turut disertai komuniti setempat dilihat memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial setempat. Komuniti setempat turut berpotensi memperoleh manfaat daripada pelancongan warisan yang wujud di kawasan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Bangunan bersejarah; Kelantan; Komuniti setempat; Pemuliharaan; Penyesuaigunaan semula; Pelestarian warisan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17653
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2021 02:48
Last Modified:22 Nov 2021 07:26

Repository Staff Only: item control page