Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak

Chong Shin, and Hendrikus Mangku, and James T. Collins, (2018) Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (4). pp. 61-80. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1146

Abstract

Suku Penan di Sarawak lazimnya dianggap sebagai suku nomadik yang tidak beragama, berkehidupan daif dan tinggal di pedalaman. Pada hakikatnya, tanggapan ini tidak sesuai lagi kerana kajian kontemporari menunjukkan bahawa mereka juga tersebar di persisir pantai, terutamanya di lembah Niah, Suai dan Kemena. Kajian ini berfokus kepada suku Penan di Kampung Jambatan Suai, Sungai Suai. Kampung ini dihuni oleh orang Penan yang berbeza agama, iaitu beragama Katolik dan Islam. Kelompok Penan ini memperlihatkan menuturkan bahasa ibunda berdasarkan agama, iaitu suku Penan Muslim berbahasa Bintulu manakala suku Penan asli masih berbahasa Penan, selain fasih berbahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak. Kehadiran empat bahasa di kampung Penan ini telah membentuk suatu lingkungan sosiolinguistik yang kompleks. Makalah ini bertujuan merungkaikan pemilihan bahasa dalam situasi multilingual yang rencam ini. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ikutserta dan wawancara untuk mengumpulkan data. Peneliti telah berada di lapangan selama sebulan untuk bersuai kenal, bergaul dan terlibat dalam aktiviti harian mereka. Kajian ini memilih pendekatan Fishman (1971) tentang pemilihan bahasa mengikut domain sebagai kerangka kajian. Hasil kajian mendapati bahawa domain menentukan pemilihan bahasa suku Penan Muslim. Mereka memilih bahasa Bintulu sebagai lambang identiti agama Islam; tetapi menggunakan bahasa Iban dalam hal interaksi interetnik dan intraetnik; dan, secara bersilih ganti menggunakan bahasa Penan. Kajian ini memberi implikasi tersendiri khususnya kepada kosa ilmu suku pribumi Borneo Barat yang bertukar agama Islam iaitu mengubah persepsi umum bahawa “memeluk agama Islam sinonim dengan memilih bahasa Melayu”. Dalam kes Penan Muslim, mereka sebaliknya memilih “bahasa Muslim” lain dan bukannya bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Penan Muslim; Bahasa Bintulu; Bahasa Penan; Domain
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17659
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 03:41
Last Modified:24 Nov 2021 00:44

Repository Staff Only: item control page