Delikuidasi kata pinjaman Arab dalam dialek Kelantan

Nor Hazila Mat Lazim, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2018) Delikuidasi kata pinjaman Arab dalam dialek Kelantan. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (4). pp. 236-250. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
774kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1146

Abstract

Modifikasi fonologi sering berlaku ke atas fonem asing dalam kata pinjaman. Lazimnya, fonem asing akan digantikan dengan fonem natif yang paling hampir. Hal ini kerana setiap bahasa mempunyai peraturan tentang penyusunan onset, nukleus dan koda serta mempunyai sistem fonotaktik tersendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat isu kata pinjaman bahasa Arab dalam dialek Kelantan dengan memfokuskan kepada modifikasi fonologi yang dominan, iaitu proses delikuidasi. Delikuidasi merujuk kepada proses fonologi pengguguran konsonan likuida yang mempunyai ciri sonoran seperti /l/ dan /r/ pada posisi koda akhir kata. Kajian ini menggunakan kaedah senarai kata yang mengandungi sebanyak 46 kata pinjaman Arab. Seramai 15 orang penutur natif dialek Kelantan yang terdiri daripada enam lelaki dan sembilan wanita berumur antara 15 hingga 55 tahun telah diminta menyebut perkataanperkataan tersebut dalam dialek Kelantan. Data yang dikumpulkan telah ditranskripsikan bagi meneliti pola penyebutan kata pinjaman bahasa Arab dalam dialek ini. Kemudiannya, data dianalisis dengan mengaplikasikan teori fonologi yang berdasarkan kepada tatatingkat kekangan, iaitu teori Optimaliti. Hasil dapatan menunjukkan kekangan JAJAR-LIKUIDA memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan isu delikuidasi yang berlaku di mana konsonan likuida lateral /l/ dan rotik /r/ di posisi akhir kata pinjaman bahasa Arab dalam dialek Kelantan digugurkan seperti /ħalaːl/ menjadi [halaː] dan /faʒr/ menjadi [faʤa]. Dalam hal peminjaman kata bahasa Arab, proses fonologi delikuidasi telah secara dominannya mengubah struktur sebutan kata Arab mengikut struktur fonologi dialek Kelantan.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Arab; Teori Optimaliti; Delikuidasi; Kata pinjaman; Dialek Kelantan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:17669
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 04:15
Last Modified:24 Nov 2021 05:02

Repository Staff Only: item control page