Mohammad Syukor Mohammad Ghulam, and Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (2019) Keperluan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 1-8. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
683kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164
Abstract
Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menyatukan ilmu sains kesihatan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan meneroka pendapat pelajar dan guru Pendidikan Islam sekolah menengah serta pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang keperluan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) Tingkatan Satu. Kajian kes Eksploratori ini menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan yang melibatkan 5 orang pelajar Tingkatan 2, 3 orang guru, serta seorang pegawai Bahagian Pendidikan Islam, KPM sebagai responden kajian melalui kaedah temu bual semistruktur. Kajian mendapati bahawa semua informan menerima cadangan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dengan berpendapat bahawa pengintegrasian Sains Kesihatan sebagai inovasi dalam Pendidikan Islam, bersifat kesepaduan ilmu, mampu menarik minat belajar, menggalakkan berfikir aras tinggi, menghubungkaitkan ilmu Islam dengan urusan kehidupan harian, bersesuaian dengan psikologi pelajar serta sesuai dengan saranan KPM. Oleh itu, pendekatan ini diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana merentas kurikulum selari dengan saranan KPM yang menyepadukan ilmu Islam dengan kehidupan harian. Implikasi kajian ini ialah guru Pendidikan Islam dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, bersesuaian dengan umur pelajar Tingkatan Satu sebagai awal remaja, dapat meningkatkan tahap minat belajar dengan mengamalkan perkara yang dipelajari dengan betul.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendidikan Islam; Pendekatan; Pengintegrasian; Sains kesihatan |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 17672 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Nov 2021 07:16 |
Last Modified: | 24 Nov 2021 06:47 |
Repository Staff Only: item control page