Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral

Vasanthan Gurusamy, and Nadarajan Thambu, and Chander Vengadasalam, (2019) Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 9-19. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
953kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164

Abstract

Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai sensitiviti moral adalah satu nilai murni yang amat penting kepada seseorang murid dalam memupuk kesedaran tentang sesuatu isu moral dan keupayaan untuk mengambil pertimbangan wajar sebelum menyelesaikan sesuatu konflik.

Item Type:Article
Keywords:Sensitiviti moral; Menonton dan analisis filem; Pengajaran dan pembelajaran; Pendidikan Moral
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:17673
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 07:24
Last Modified:24 Nov 2021 06:55

Repository Staff Only: item control page