Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Aney Marinda Muhammad Amin, and Norasmah Othman, (2019) Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 21-27. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
656kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164

Abstract

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang bertujuan membantu guru baharu menyediakan dan mengekalkan bilik darjah sebagai persekitaran yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, persediaan dalam mengurus bilik darjah yang tidak mencukupi serta kesukaran yang dihadapi dalam mengawal tingkah laku pelajar pada tahun pertama perkhidmatan memberi kesan terhadap amalan pengajaran guru baharu dan seterusnya pembelajaran pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti PPGB serta perbezaannya berdasarkan tahap sekolah. Reka bentuk kajian tinjauan telah dipilih dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara kuantitatif untuk menentukan tahap pengurusan bilik darjah dari aspek persekitaran pembelajaran kondusif, hubungan dan kerjasama dengan pelajar, serta disiplin bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan bilik darjah guru baharu dalam ketiga-tiga aspek tersebut adalah sangat tinggi. Selain itu, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti PPGB berdasarkan tahap sekolah. Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan disiplin pelajar dan menggalakkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, persediaan yang mencukupi di peringkat praperkhidmatan adalah penting bagi menyediakan pengetahuan dan peluang untuk guru baharu mengembangkan kemahiran mereka dalam pengurusan bilik darjah.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan bilik darjah; Program pembangunan guru baharu; Guru baharu; Guru mentor; Pentadbir sekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:17674
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 07:36
Last Modified:24 Nov 2021 06:57

Repository Staff Only: item control page