M. Kaviza, (2019) Hubungan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 29-36. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
652kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164
Abstract
Kemahiran pemikiran sejarah dapat menjana pemikiran kritis melalui penilaian bukti sejarah dengan menghubungkaitkan satu peristiwa sejarah lampau dengan masa kini yang membolehkan murid mengaplikasikan pengajaran yang diperolehi dalam konteks kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya, iaitu: 1) kemahiran memahami kronologi, 2) kemahiran meneroka bukti, 3) kemahiran membuat interpretasi, 4) kemahiran membuat imaginasi dan 5) kemahiran membuat rasionalisasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kajian ini berbentuk tinjauan korelasi yang melibatkan 865 murid Tingkatan Dua daripada 30 sekolah menengah di sebuah negeri utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian penguasaan kemahiran pemikiran sejarah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah. Dari segi konstruknya, terdapat hubungan signifikan yang tinggi amalan dan penguasaan kemahiran membuat interpretasi. Manakala, terdapat hubungan signifikan sederhana tinggi amalan dan penguasaan kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Kajian ini mencadangkan bahawa amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya perlu dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan dan penguasaan; Kemahiran pemikiran sejarah; Korelasi |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 17675 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Nov 2021 07:40 |
Last Modified: | 24 Nov 2021 06:58 |
Repository Staff Only: item control page