Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think

Fadilla Anak Layang, and Zamri Mahamod, (2019) Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 37-44. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan, kesediaan dan sikap guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 108 orang guru Bahasa Melayu di 44 buah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Packages for the Social Sciences versi 23.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar di pedalaman ini mempunyai pengetahuan yang baik tentang peta pemikiran i-think, bersedia untuk menggunakan peta pemikiran i-think dan mempunyai sikap yang positif dalam menggunakan peta pemikiran i-think sebagai alat bantu mengajar mereka. Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu sekolah rendah pedalaman ini mengetahui kepentingan penggunaan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Peta pemikiran; Pengetahuan; Kesediaan; Sikap; Guru bahasa Melayu; Sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:17676
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 07:44
Last Modified:24 Nov 2021 06:59

Repository Staff Only: item control page