Modul membaca awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori psikolinguistik kognitif dan aplikasi kaedah belajar melalui bermain

Hanifah Sabin, and Vincent Pang, and Muhammad Idris Bullare @ Bahari, (2019) Modul membaca awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori psikolinguistik kognitif dan aplikasi kaedah belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 45-58. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1164

Abstract

Kemahiran membaca merupakan asas kepada pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu. Kemahiran ini penting diperoleh sejak pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak lagi. Justeru, kajian ini adalah untuk membangunkan Modul Riang Ria Membaca (MRRM) iaitu modul pengajaran membaca awal bagi kanak-kanak prasekolah di pedalaman Sabah menggunakan nyanyian. Pembangunan MRRM dilandasi oleh tiga teori iaitu Teori Psikolinguistik kognitif, Teori Perkembangan kognitif Lev Vygotsky dan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Metodologi kajian yang digunakan ialah kuantitatif deskriptif untuk mengenal pasti masalah, keperluan serta ciri modul yang dibangunkan. Maklumat dikumpulkan melalui pembacaan kepustakaan termasuklah membuat rujukan dari buku, tesis, artikel jurnal, laporan dan polisi untuk menentukan kandungan modul. Urutan isi kandungan modul pula diolah berasaskan analisis Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget pada peringkat praoperasi serta berpandukan pada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pembangunan MRRM menggunakan Model ADDIE. Hasil kajian ialah prototaip 1 MRRM yang terdiri daripada 20 aktiviti, dibangunkan berdasarkan empat submodul. Pemilihan lagu bagi 20 aktiviti adalah menggunakan pendekatan Kodaly, yakni penggunaan melodi lagu rakyat. Pembangunan MRRM memberi sumbangan alternatif kaedah dan sumber pengajaran membaca yang menyeronokkan sesuai dengan dasar kerajaan yang menitikberatkan konsep hibur didik. Akhirnya, cadangan kajian lanjutan ialah menganalisis kesahan dan kebolehpercayaan prototaip1 MRRM.

Item Type:Article
Keywords:Modul membaca prasekolah; Nyanyian; Teori psikolinguistik; Model ADDIE dan Morisson II; Belajar melalui bermain
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:17677
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Nov 2021 07:59
Last Modified:24 Nov 2021 07:07

Repository Staff Only: item control page