Program pementoran STEM di kalangan pelajar prasiswazah bagi pertandingan robotik MakeX

Seri Mastura Mustaza, and Iskandar Yahya, and Mohd Faisal Ibrahim, and Arif Haikal Ahmad Hassan Ayoppan, and Noorfazila Kamal, and Mohd Hadri Hafiz Mokhtar, and Nasharuddin Zainal, (2021) Program pementoran STEM di kalangan pelajar prasiswazah bagi pertandingan robotik MakeX. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 13 (1). pp. 124-134. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
899kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1412

Abstract

Pertandingan robotik MakeX adalah salah satu pertandingan robotik terbesar di Malaysia, yang melibatkan peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Penganjuran pertandingan ini adalah unik berbanding dengan pengajuran pertandingan robotik lain, di mana, peserta yang bakal bertanding diberi latihan dan bengkel mengenai asas pemasangan dan pengatucaraan robot serta strategi dalam menyelesaikan tugasan pertandingan. Crystal UKM, selaku pengajur bersama pertandingan ini diberi tanggungjawap untuk menyediakan latihan kepada peserta-peserta pertandingan yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia seawal 7 tahun hingga 17 tahun. Dalam menyediakan modul berkesan kepada peserta yang bertanding pada tahun ini, pihak Crystal UKM telah mengolah satu program pementoran yang unik melibatkan pelajar-pelajar prasiswazah tahun dua dan tiga, dari program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar-pelajar prasiswazah ini disamping bertanggungjawap memberi latihan teknikal, mereka juga berperanan untuk memaksimumkan potensi dan mengembangkan kemahiran peserta, bagi meningkatkan prestasi peserta disamping meningkatkan daya saing dikalangan peserta. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepadaperanan dan perspektif pelajar-pelajar sebagai mentor kepada peserta pertandingan, serta mengkaji keberkesanan program pementoran ini dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar yang terlibat sebagai mentor. Kejayaan pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam pertandingan robotic MakeX peringkat antarabangsa, di Guangzhou, China baru-baru ini, dan pencapaian membanggakan 2 lagi pasukan yang tergolong dalam 20 pasukan teratas, membuktikan keberkesanan program pementoran yang dijalankan.

Item Type:Article
Keywords:Pementoran; Kemahiran insaniah; STEM
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:17688
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2021 01:31
Last Modified:26 Nov 2021 15:16

Repository Staff Only: item control page