Cabaran pendidikan Islam di Turki : usaha AKP terhadap pemerkasaan Sekolah Imam-Hatip

Muhammad Khalis Ibrahim, and Mohd Roslan Mohd Nor, (2018) Cabaran pendidikan Islam di Turki : usaha AKP terhadap pemerkasaan Sekolah Imam-Hatip. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 10 (1). pp. 1-12. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
584kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1157

Abstract

Lantaran sekularisme merupakan prinsip dan identiti negara Republik Turki, maka pendidikan Islam sering menjadi perdebatan. Dalam hal ini, perdebatan mengenai Sekolah Imam-Hatip terus berlaku lebih-lebih lagi pada era Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP). Kajian ini membincangkan mengenai Sekolah Imam-Hatip sebagai institusi pendidikan Islam di Turki, cabaran yang dihadapi serta usaha AKP ke arah pemerkasaannya. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai metode pengumpulan data serta metode analisis kandungan dan metode komparatif bagi metode analisis data. Secara asasnya, Sekolah Imam-Hatip ditubuhkan sejak tahun 1924 di bawah Undang-undang Penyelarasan Pendidikan dengan menyepadukan kursus agama dan kursus akademik. Walau bagaimanapun, Sekolah Imam-Hatip didakwa bercanggah dengan prinsip sekularisme, lantas berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Melalui usaha AKP, Sekolah Imam-Hatip telah diperkasakan dengan membuka peluang kepada lepasannya untuk menyambung pengajian di universiti serta membuka semula Sekolah Imam-Hatip yang telah ditutup sebelumnya. Justeru, kajian ini menghujahkan bahawa: i) penubuhan Sekolah Imam-Hatip termaktub di bawah perundangan Turki dan tidak menyanggahi prinsip sekularisme; ii) Sekolah Imam-Hatip sebagai institusi pendidikan Islam di Turki menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perkembangannya, khususnya daripada elit sekular; dan iii) usaha AKP terhadap pemerkasaan Sekolah Imam-Hatip telah meningkatkan daya saing lepasan sekolah tersebut setara dengan lepasan sekolah lain serta menjadikan ia sebagai pilihan alternatif kepada sekolah biasa. Meskipun begitu, usaha pemerkasaan Sekolah Imam-Hatip didapati telah menyumbang kepada polarisasi masyarakat antara mereka yang menyokong dan yang menolak pemerkasaan pendidikan Islam.

Item Type:Article
Keywords:AKP; Pendidikan Islam; Sekolah Imam-Hatip; Turki; Undang-undang Penyelarasan Pendidikan
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:17691
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2021 06:14
Last Modified:27 Nov 2021 03:11

Repository Staff Only: item control page